Pihak yang perlekeh Najib Dahulu, kini diam membisu

Hebahkan !!!

Selepas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan didenda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020, banyak pihak mula memperlekehkan beliau serta menyifatkan beliau bersalah.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi pada ketika itu Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali ke atas Najib terhadap tujuh pertuduhan.

Selepas hukuman dijatuhkan, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan kemudian menyebut sumpah laknat menyatakan dengan jelas bahawa beliau tidak meminta dan tidak merancang atau ditawarkan wang berjumlan RM42 juta berkenaan.

“Sebagai orang Islam, Wallahi Wabillahi Watallahi saya tidak meminta, saya tidak merancang atau saya ditawarkan RM42 juta itu.

“Saya bersaksi kepada Allah, saya juga tiada pengetahuan mengenai jumlah wang itu. Begitu juga tiada bukti atau saksi berhubung perkara itu,” itulah lafaz sumpah Najib.

Kini, selepas pendedahan blogger Raja Petra Kamarudin melalui portal Malaysia Today yang menyebut hakim Mohd Nazlan ada mempunyai sejumlah wang lebih RM1 juta di dalam akaunnya yang tidak dapat dijelaskan suasana berubah sekelip mata.

Beberapa siri dakwaan yang mengaitkan Mohd Nazlan dengan Maybank serta penubuhan syarikat SRC International Sdn Bhd juga merubah perspektif mereka yang memperlekehkan beliau dahulu.

Kini, semua kembali memerhati dan mengikuti perkembangan siastaan untuk melihat apa kesudahan ke atas kes Najib yang kini sedang berada dalam proses rayuan di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Tidak kurang juga yang dulu lantang menyebut Najib bersalah, kini diam membisu tak berkata apa-apa.

Semuanya kini melihat dengan teliti. Ada juga yang mula membuat kunjungan kepada Najib sebagai memberikan sokongan kepada beliau yang berdepan kes ini.

Kini, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah membuka kertas siasatan untuk menyiasat pendedahan berkenaan. – MY NEWS ONLINE

Leave a Reply