Pihak Najib kemukakan lebih 90 Kekhilafan Hakim Nazlan dalam petisyen rayuan

Hebahkan !!!

Oleh: Sirajuddin Ahmad

Di dalam sesuatu kes , pembuktian tersangat penting bagi kedua pihak Pendakwa dan Pembela.

Namun dari apa yang pihak kami dapati adalah tersangat jelas, pembuktian yang dikemukakan oleh pihak pembela Datuk Seri Najib Razak , melalui Peguambelanya Tan Sri Shafee Abdullah hanya di hujah balas oleh Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dengan mengunakan andaian dan lojik sahaja tanpa counter proof berlawanan.

Umum sudah pun mengetahui berkenaan Hakim Nazlan sejak kebelakangan ini, apabila tersebar salahlakunya dan pembabitannya dalam membuat keputusan berkenaan syarikat SRC International Sdn Bhd ketika dia masih memegang jawatan di Maybank lagi.

Ini jelas satu bentuk Conflict of Interest dimana sepatutnya Nazlan membuat keputusan menarik diri dari mendengar kes,

itu lah yang sepatutnya dilakukan.

Ini sahaja sudah membuktikan kredibiliti Mohd Nazlan sudah rosak apabila beliau tidak jujur.

Pembuktian terbaharu juga mendedahkan Mohd Nazlan telah menipu dalam memberi hujah pengulunggan di mana dia telah menyebut bahawa tertuduh Datuk Seri Najib Razak telah menubuhkan SRC International semata mata untuk mencuri wang, dimana akhirnya melalui surat tertular dan sahih pihak Maybank sendiri yang membuat keputusan  dan Nazlan sendiri berada didalam mereka yang bersidang membuat keputusan berkenaan nya.

Secara ringkas, Nazlan kini menghadapi dua kesalahan nyata.

Pertama , telah membuat keputusan secara berbohong dan ini dikira kekhilafan pertama dari banyak kekhilafan lain yang akan kami paparkan kemudian,

Kedua, Nazlan juga didapat memiliki sejumlah wang didalam akaun banknya seperti yang tersebar dan didedahkan oleh seorang penulis dan blogers Raja Petra Kamaruddin.

Nazlan hanya mampu berlindung dibelakang laporan Polis dan itupun tanpa membuat sebarang kenyataan kandungan laporan nya.

Antara kekhilafan (mistake/ error) yang sempat kami baca ada lah seperti dibawah ini :

Jika di teliti amat tidak wajar sesuatu pembuktian dan hujah pembela hanya dibalas dan di counter dengan andaian dan pendapat sahaja, dan itulah yang terjadi kepada pihak pembelaan.

Selain itu, banyak lagi kekhilafan sengaja atau tidak sengaja telah berjaya di “established” oleh pihak pembela yang tidak dikupas oleh Nazlan dalam hujah penutupnya.

Jelas terlalu dan jelas, pihak pembela tidak mendapat keadilan didalam keputusan yang dibuat ketika hakim menjatuhkan hukuman.

Hatta, tersangat patut permintaan peguambela supaya keputusan kes di ‘reverse’ dan keputusan dibuat ikut kelaziman pengadilan seperti yang dirayu oleh pihak pembela.

Leave a Reply