Bayar RM415 juta dan kemudian boleh ambil Neymar

Hebahkan !!!

LONDON – Paris Saint-Germain dilaporkan bersedia menjual Neymar musim panas ini dalam langkah membangunkan semula pasukan itu dan sanggup rugi daripada terus mengekalkan pemain dengan rekod dunia itu.

Neymar tiba di Parc des Princes pada musim panas 2017 apabila PSG membayar klausa pelepasan daripada Barcelona bernilai £198 juta (RM1.08 bilion) bagi membawanya ke ibu kota Perancis yang mengejutkan dunia bola sepak.

Walaupun dia menyerlah di depan gol dan kini sudah mencetak 98 gol dalam 141 perlawanan, dia masih gagal membantu kelab itu meraih mahkota Liga Juara-Juara.

Di bawah kendalian Thomas Tuchel, mereka mara ke final 2020 namun gagal melepasi halangan akhir Bayern Munich dengan Neymar menangis selepas perlawanan.

Tetapi selepas disingkirkan pada kelompok 16 terakhir di tangan Real Madrid musim ini, revolusi sedang dirancang di kelab itu dan Neymar boleh dijual dengan harga £76 juta (RM415.54 juta) menurut laporan Sky Sports dan akhbar Sepanyol, AS.

Ia bermakna kelab Perancis itu bersedia menerima kerugian hingga £122 juta (RM667.06 juta) buat pemain antarabangsa Brazil itu walaupun £76 juta (RM415.54 juta) dikatakan hanya bayaran minimum boleh diterima presiden kelab, Nasser Al-Khelaifi sebelum memulakan rundingan.

Sekiranya banyak kelab berminat, harga berkenaan boleh meningkat.

Dijangka musim panas ini akan menjadi tempoh yang sibuk buat PSG yang menang gelaran Liga Perancis tetapi diejek oleh penyokong mereka.

Leave a Reply