Ada klausa SPRM ada kuasa siasat hakim, jadi kenapa mahu bising?

Hebahkan !!!

Dalam kontroversi melibatkan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, rupa-rupanya pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ada kuasa untuk menyiasat hakim mengikut Akta SPRM 2009.

Dalam akta tersebut, pegawai badan awam pegawai badan awam yang ditafsirkan di dalam Seksyen 3 akta tersebut adalah mana-mana orang yang menjadi anggota, pegawai, pekerja atau pekhidmat sesuatu badan awam, dan termasuklah anggota pentadbiran, ahli Parlimen, ahli sesuatu Dewan Undangan Negeri, Hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan.

Jadi dalam isu ini, Hakim Mohd Nazlan adalah seorang Hakim Mahkamah Rayuan dan sebelum itu Hakim Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun dan denda RM210 juta.

Ia juga ditafsirkan mana-mana orang yang menerima apa-apa saraan daripada wang awam dan jika badan awam itu ialah suatu perbadanan seorang, termasuklah orang yang diperbadankan sebagai perbadanan itu.

Jadi kenapa, ada pula sekarang ini banyak pihak berbunyi mahu SPRM hentikan siasatan terhadap Hakim Nazlan.

Mereka tidak baca atau tidak tahu kandungan di dalam akta mencegah rasuah berkenaan.

selaras dengan prinsip pengasingan kuasa, kertas siasatan akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk membuat keputusan sama ada melakukan pendakwaan atau sebaliknya.

Memetik kandungan laporan Sinar Harian Online hari ini, pihak SPRM menerima aduan pertama berkaitan Mohd Nazlan pada 15 Mac disusuli 23 dan 24 April lepas.

Oleh itu, pihak berkenaan eloklah duduk diam dan biarkan SPRM jalankan siasatan sehingga selesai.

Soalnya, kenapa mereka mahu siasatan dihentikan sedangkan Mohd Nazlan sendiri mahu ia disiasat selepas beliau sendiri buat laporan polis berkaitan pendedahan portal Malaysia Today berkenaan.

Apa yang diadukan bukan berkaitan dengan salah laku etika kehakiman tapi sebenarnya ialah satu perbuatan yang ada unsur jenayah dan ada kepentingan orang ramai (public interest).

SPRM ada kuasa untuk siasat, jadi hanya tunggu dan lihat sahaja. – MY NEWS ONLINE

Leave a Reply