Pemandu cedera parah kemalangan sampai kereta terbelah dua

Hebahkan !!!

SHAH ALAM – Seorang pemandu cedera parah selepas kereta dipandunya terlibat kemalangan di Jalan Glenmarie di sini, awal pagi Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik dikerahkan ke lokasi kejadian dan tiba di lokasi pada jam 1.19 pagi.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta Honda dipandu seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun dari Subang menghala Lebuhraya Persekutuan telah terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Pemandu berusia 20 tahun cedera parah selepas kenderaan berkenaan hilang kawalan dan terbabas.

“Kereta tersebut terputus dua dan bahagian hadapan terseret sejauh 50 meter manakala bahagian belakang terbakar,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, mangsa yang parah dirawat oleh Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) JBPM sebelum dihantar ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut. – ©Sinar Harian

Leave a Reply