Lelaki ada sembilan isteri sukar berlaku adil sampai ada yang cemburu

Hebahkan !!!

Seorang lelaki Brazil menjadi perhatian ramai kerana memiliki sembilan orang isteri.

Lelaki itu, Arthur O Urso, dia sampai perlu buat jadual untuk bersama isterinya untuk pastikan tidak ada yang akan diabaikan.

Namun katanya, ia tidak semudah yang disangka malah apa yang dirancang kadangkala tidak berjalan dengan lancar.

Menurutnya, rumah tangganya tetap ada melalui cabaran yang sama seperti pasangan lain.

Seorang daripada isterinya pernah mahu berpisah kerana tidak suka berkongsi kasih.

“Dia mahu saya sepenuhnya, ia tak masuk akal, kita semua harus berkongsi.

“Saya sedih dengan perpisahan ini, tapi lebih terkejut dengan alasannya,” kata Arthur.

Arthur berkata ada di antara isterinya akan menunjukkan sikap cemburu apabila dia membeli hadiah yang berbeza buat mereka.

“Bila saya bagi hadiah yang mahal kepada salah seorang isteri, akan ada isteri lain yang cemburu.

“Mereka semua perlu perhatian dan seks menjadi sebahagian daripada kehidupan harian kami.

“Saya masih belajar tentang bagaimana mengendalikan hubunga ini,” katanya.

Leave a Reply