Malapetaka menunggu Rakyat Malaysia , Gabungan Kencing 2.0 didalam pembentukan.

Hebahkan !!!

Sirajuddin Ahmad

Jika pada PRU14 rakyat Malaysia teruja dengan umpanan janji janji manis Pakatan Harapan , dan akhirnya kepala mereka ditaburi kencingan pemimpin Pakatan Harapan apabila menang, kini, perkara serupa akan Kembali lagi.

“Repetitive of failed coalition is in the making”.

Selepas PRU14 setelah menang pilihanraya lalu menjadi kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui pemimpin Parti minoriti Tun Mahathir dengan semudah sahaja mencari alasan untuk tidak melaksanakan janji janji mereka.

Janji memansuhkan yuran PTPN, TOL berbayar dan penghapusan AES semua dimungkiri.

Selain itu janji mencipta 1 juta pekerjaan di balasi dengan pembuangan puluhan ribu kakitngan awam.

Pembasmian yuran pelajaran , yakni pelajaran percuma diganti dengan kenaikan yuran Universiti , dan pemansuhan GST diganti dengan cukai tidak telus SST dan penambahan lagi 4 cukai baru termasuk cukai soda dan lain lain.

Tiada barang turun harga melainkan bertambah naik harga, telur ayam turun 2 sen dibuat Press conference besar besaran seolah olah turun 20 sen.

Elaun elaun RELA, petani, nelayan dan pesawah ditarik semula dan BRIM diganti dengan Bantua Sara Hidup dengan kekurangan hampir 3 juta penerima dan kekurangan jumlah pemberian.

Harta rakyat berbillion dijual dan PETRONAS dijarah sehingga kering dan tanah tanah serta aset aset Tbung Haji dihurung kekaki MoF Lim Guan Eng atas nama SPV.

Akhirnya yang kaya kontraktor DAP dengan RM6 bilion nilai Direct nego serta Tun Mahathir dan Daim kekenyangan dengan penukaran versi ECRL tanpa beberapa stesen dan penebukan bukit tetapi harga projek hampir sama.

Pada ECRL versi Najib harga hampir sama tetapi ada 4 stesen baru dan Malaysia memegang kuasa tetapi pada versi Tun daim dan Mahathir , negara China memeggang 50%.

Itu lah versi kerajaan Kencing PH1.0.

Jika Nurul Izzah sendiri akui ia memerlukan 2 pilihanraya lagi untuk rakyat melupakan mereka pernah kena “kencing”, namun bagi bekas pemimpin pemimpin Pakatan Harapan seperti Muhyiddin dan Mahathir, mereka terlalu desperado penyelewengan mereka bakal terdedah jika Barisan Nasional Kembali berkuasa.

Banyak sumber kewangan yang dibelanja tidak diketahui kemana perginya.

Jika dijumlahkan wang penjualan aset, wang PETRONAS, hutang baru dan wang dikembalikan serta bajet darurat RM600 bilion, jelas tidak tahu kemana perginya.

Sambil itu cara alihkan wang rakyat melalui projek 5G juga bernilai RM26 bilion banyak keraguan.

Ini antara sebab para desperado seperti Muhyiddin dan Mahathir sedang cuba mencari jalan mengelak Barisan Nasional nmenjadi kerajaan pada PRU15.

Kini dengan kenyataan Muhyiddin bahawa partinya PPBM sedang mengusahakan satu gabungan mirip PH1.0 maka jelas lah kembalinya kerajaan yang menyusahkan rakyat jika dipilih.

Rakyat akan dihidangkan hari hari dengan kisah skandal dan bukan kisah kebajikan mereka.

Datuk Seri Najib juga menyindir cubaan Muhyiddin membentuk gabungan PH versi 2.0 dengan sindiran “Wellcome Baxk PH2.0”

Apa yang pasti jika PH  versi 2.0 terbentuk dan menang, maka rakyat bakal rugi tidak dapat melihat kemana wang wang mereka sebanyak ratusan billion dibelanjakan.

Sambil itu kes kes seperti pengadaian Pulau Batu Puteh , kes Nazlan kes Zeti dan banyak lagi kes akan tertutup selama lama nya seperti kes FOREX RM 30 bilion.

Adakah itu kemahuan rakyat?

Adakah rakyat akan terkena sekali lagi?

Leave a Reply