Anwar dan Lim Guan Eng Takut Nazlan disiasat, Tun M masih membisu , kenapa pemimpin PH ketakutan ?

Hebahkan !!!

 

Oleh Sirajuddin Ahmad

Skandal Hakim Nazlan Ghazali memiliki sejumlah wang (1 juta lebih) dalam akaun pribadi yang tidak dapat diberitahu sumber nya semakin menjadi bualan para netizen dan rakyat kebanyakan.

Hal yang cuba diperap dan disapu kebawah karpet sama seperti kes bekas Gabenor Zeti Aziz kini telah telah menjadi mimpi ngeri kepada para pemimpin dan bekas pemimpin Pakatan Harapan.

Bukan sahaja Nazlan berada didalam kedudukan terjerat , bahkan jika dibawa kemahkamah , bekas pemimpin PH juga boleh disabit kesalahan menyembunyi maklumat salah laku jenayah.

Bukan sahaja kes Nazlan bahkan juga kes Zeti Aziz.

Terbaru , Anwar Ibrahim memberi kenyataan bahawa tidak wajar membicarakan seorang hakim.

Sebelum ini, Lim Guan Eng juga menyatakan perkara yang sama tapi ditambah dengan menyarankan Raja Petra Kamarudin di ekstradisi ke Malaysia untuk kes lain.

Sehngga kini Tun Mahathir masih membisu dan begitu juga PDRM.

Pasti ada sesuatu yang mereka sangat ketakutan jika Nazlan di seret sama dengan Zeti Akhtar.

Selama ini mereka mendabik dada mereka pejuang rasuah dan anti kleptokrat namun semua nya palsu belaka apabila membabit kepentingan mereka.

Anwar mungkin lupa dibawah kerajaan 22 bulan Lateefa Koya menyeret seorang hakim ke mahkamah untuk sebuah kes rasuah berkenaan PATI.

Tun Mahathir lebih hebat, kerana dia bukan sahaja mendakwa hakim, bahkan bapak kepada semua hakim ia itu Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas.

Pasti ada sesuatu yang sangat ditakuti oleh pemimpin PH.

Mendakwa Nazlan dan Zeti umpama mendakwa Tun Mahathir dan Tun Daim.

Mahathir kerana melantik Nazlan, dan Tun Daim kerana melantik Zeti kepada Council of Elders.

Ia seolah olah jawatan ganjaran setelah melaksana kan sesuatu yang disuruh.

Namun diseluruh negara tuntutan semakin berkumandang mahu kedua mereka diseret kemahkamah dengan segera.

Kepala Hakim dan mantan Perdana Menteri juga boleh didakwa , apa lah sangat bekas ‘banker” yang meluluskan urusan SRC satu waktu dulu.

 

 

 

 

Leave a Reply