Ahmad Idham dilantik Ketua Cawangan Bersatu Pinggiran Ukay

Hebahkan !!!

AMPANG – Pelakon dan pengarah, Ahmad Idham dilantik sebagai Ketua Cawangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pinggiran Ukay, Bahagian Ampang.

Jelasnya, pelantikan ini merupakan satu tanggungjawab yang besar untuk beliau galas namun komited demi memastikan perjuangan Hab Pendidikan Khas serta usaha membina sistem sokongan komuniti yang mapan ini dapat direalisasikan.

Dalam kenyataannya pada Ahad, Ahmad Idham kini giat memperjuangkan Hab Pendidikan Khas bagi mewujudkan satu sistem sokongan komuniti (Community Support System) dan ia telah mendapat perhatian masyarakat setempat.

Jelasnya perjuangan yang beliau usahakan ini telah memberikan impak positif kepada masyarakat Ampang yang mempunyai anak istimewa.

Ia juga jelasnya selari dengan asas perjuangan Bersatu untuk memberikan khidmat bakti serta sentiasa prihatin kepada semua masyarakat berbilang kaum.

Ahmad Idham turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada kepimpinan Bersatu Selangor kerana melihat perjuangan ini merupakan perjuangan yang besar kepada masyarakat khususnya golongan anak-anak istimewa.

Ia sekaligus dapat memberi ruang kepadanya untuk terus mengangkat perjuangan Hab Pendidikan Khas ini ke peringkat yang lebih tinggi. – ©Astro Awani

Leave a Reply