Burger King akan ambil tindakan pekerja muat naik rakaman wanita tidak berpuasa

Hebahkan !!!

PETALING JAYA – Restoran makanan segera Burger King Malaysia berkata, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pekerjanya yang memuat naik klip rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan pelanggan makan ketika Ramadan.

“Dukacita kami mengesahkan bahawa ia dimuat naik oleh pekerja Burger King Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

“Di Burger King Malaysia, kami sangat menghormati privasi pelanggan kami dan akan mengambil tindakan selanjutnya agar perkara ini tidak berulang pada masa depan.”

Pada 20 April, sebuah klip video berdurasi 14 saat tersebar di media sosial, yang difahamkan dirakam oleh pekerja Burger King, menunjukkan tiga wanita bertudung memesan makanan dan makan di dalam restoran berkenaan.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir yang berpendapat pelanggan berkenaan seharusnya menghormati Ramadan dengan tidak makan di khalayak ramai.

Difahamkan kejadian berlaku di Burger King cawangan Kompleks PKNS Shah Alam.

Leave a Reply