Pejuang Hamas lancar roket serang Israel

Hebahkan !!!

BAITULMAQDIS – Pejuang Palestin di Gaza melancarkan sekurang-kurangnya lima roket ke kawasan diduduki Israel, awal pagi tadi.

Ia adalah tindak balas terbesar sejak perang 11 hari antara tentera rejim zionis dan pejuang Palestin di Gaza, pada tahun lalu.

Terdahulu, AFP dalam laporan lain mendakwa sebuah roket pertama dilancarkan oleh pejuang Hamas dari Semenanjung Gaza.

Kejadian itu ketika puak nasionalis Yahudi menghampiri kawasan penduduk Islam di Kota Lama Baitulmaqdis.

Susulan roket pertama itu, Israel melancarkan serangan udara di Gaza.

Roket pertama dari Gaza itu dikatakan jatuh di laman sebuah rumah di bandar selatan Israel, Sderot, namun tidak menyebabkan kecederaan.

Selepas itu, empat lagi roket dilancarkan dari Gaza.

Menurut sayap bersenjata pejuang Hamas yang mentadbir Gaza, beberapa roket dilancarkan ke Israel sebagai tindak balas, menurut kenyataan rasmi Hamas.

Leave a Reply