Mampukah formula Rafizi menangkan diri sendiri?

Hebahkan !!!

Pada pemilihan parti PKR kali ini, Naib Presidennya Rafizi Ramli sudah sah akan bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden berdepan dengan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail.

Kemenangan mereka nanti akan menjadikan diri mereka orang nombor dua di belakang Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menang tanpa bertanding.

Tahun ini menyaksikan parti PKR bakal berubah wajah dengan barisan pemimpin baharu apabia parti itu akan mengadakan pemilihannya pada bulan depan.

Rafizi yang sebelum ini tiba-tiba lenyap dari radar politik Malaysia secara tiba-tiba muncul kembali aktif dan terus mahu bertanding jawatan nombor dua parti.

Bukan itu sahaja, beliau juga turut melancarken kempen Ayuh Malaysia yang bertujuan memberikan kesedaran kepada pengundi atas pagar untuk keluar dan mengundi pada pilihan raya umum yang akan datang nanti.

Sebelum ini, Rafizi amat dikenali sebagai seorang ahli politik yang kerap mengeluarkan pelbagai jenis formula ekonomi. Antara formula Rafizi yang epik ialah formula penurunan harga minyak yang kemudiannya tidak membuktikan apa-apa.

BACA JUGA –  Makin Ramai Orang Yang Hendak Jatuhkan Anwar Bakal Muncul Dalam PKR

Dapatkah formula yang beliau hasilkan membantu beliau menang dalam pemilihan PKR untuk mendapatkan jawatan Timbalan Presiden PKR.

Mungkin beliau, boleh mula fikirkan formula baharu untuk berdepan Saifuddin kerana digambarkan Rafizi bukanlah orang pilihan Anwar untuk bersama-samanya memimpin PKR.

Ketika tiba-tiba susuk tubuh Rafizi terpacul kembali dalam arena politik, Anwar awal-awal curiga dan bertanyakan apa sebenarnya tujuan Rafizi kembali aktif berpolitik. Bukan apa, Anwar sudah mula terbit rasa bimbang, Rafizi akan menjadi ancaman padanya.

Katakanlah, formula Rafizi berjaya membuatkan beliau capai kemenangan. Beliau perlu berfikir pula formula bagaimana untuk selamat dalam perjuangan parti kerana Anwar dikenali sebagai seorang yang amat pantas dalam menyingkirkan ancaman ke atas diri dan jawatannya.

Jalan harus dicari untuk menyelamatkan diri. Mungkin Rafizi ada agenda lain bertanding untuk kepentingannya sendiri.

Ini kerana, selama menghilang, Rafizi tidak ambil peduli pun perjalanan parti.

Menjelang beberapa minggu lagi sebelum ahli PKR membuat pilihan, Rafizi diharapkan dapat merencana formula baharu untuk menyelamatkan kerjaya politiknya dalam PKR.

Leave a Reply