Najib label Lim Kit Siang “Uncle” yang gagal

Hebahkan !!!

Datuk Seri Najib Tun Razak semalam dalam hantaran di Facebooknya melabelkan pemimpin lama DAP, Lim Kit Siang sebagai seorang “uncle” yang gagal ekoran ramalannya sejak berpuluh tahun lalu yang tidak langsung jadi kenyataan.

Sejak dulu selepas merdeka, Kit Siang sering mencanang dalam banyak ceramah di rapat umum yang beliau hadiri bahawa Malaysia satu hari nanti akan bankrap dan akan menjadi sebuah negara gagal (failed state).

Hakikat yang kita alami sekarang, sejak titik masa itu sehingga hari ini, Malaysia masih tidak terjerumus dalam keadaan seteruk itu yang dikatakan oleh beliau.

Bagi Kit Siang, sejak 70-an apa sahaja kerajaan Barisan Nasional (BN) buat akan dikatakan tidak betul.

Tampuk pemerintahan negara Malaysia sejak pilihan raya awal dulu kekal milik BN dan ditadbir oleh Perdana Menteri dari UMNO sehinggalah pada 2018 BN tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 negara ditadbir oleh gabungan Pakatan Harapan (PH) dengan DAP turut ada di dalamnya.

Kesudahannya, gagal dan negara hampir mengalami masalah ekonomi yang buruk.

Pendek kata, hampir jadi kenyataan seperti yang pernah diperkatakan oleh Kit Siang dalam buku tulisannnya Time Bombs in Malaysia tetapi ia tak jadi kenyataan.

Perlu diingat, kerajaan Malaysia hanya ditadbir pakatan lain selama 22 bulan sahaja hasil pilihan raya umum tetapi Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan secara tiba-tiba.

DAP sejak awal sehingga hari ini dan entah sampai bila, sentiasa berangan-angan untuk menghapuskan BN dan sebenarnya mereka mahu mentadbir negara ini dengan parti mereka sebagai gabungan terbesar atau parti tunggal, mereka tidak mahu menempel dengan parti lain.

Walaupun kini sudah tidak lagi aktif seperti dulu dalam DAP, Kit Siang sentiasa mengulangi benda yang sama terutamanya ketika beliau berbahas di dalam Dewan Rakyat.

Selagi UMNO dan BN mentadbir Malaysia, segala usaha akan diambil untuk membantu rakyat dan menggerakkan ekonomi supaya dapat mengelak negara jadi bankrap dan gagal.

Selama itu lah nanti apa sahaja yang diperkatakan oleh Kit Siang akan terus gagal dibawa bersama angan-angan DAP untuk mentadbir Malaysia.

Leave a Reply