GEMPAR!!! – MalaysiaToday Dakwa Hakim Nazlan Lantikan Mahathir Disiasat miliki wang dari Jho Low.

Hebahkan !!!

 

Oleh Sirajuddin Ahmad

Semalam telah viral di seluruh negara kisah berkenaan hakim lantikan Kerajaan Pakatan Harapan dan Tun Mahathir disiasat atas sebab memiliki wang dari “fugitive” Jho Low yang dikaitkan dengan kes curian wang 1MDB.

Artikel yang ditulis oleh penulis Malaysia Today , Raja Petra Kamarudin telah mendakwa bahawa Hakim Mohd Nazlan  Mohd Ghazli dilaporkan disiasat berkaitan ada sejumlah wang RM1.036,127.40  masuk kedalam akuan peribadinya  bernombor 56401672#### di Maybank.

Menurut tulisan RPK , wang itu diterima oleh Nazlan atas perkhidmatan yang diberi (service rendered) , namun atas sebab perkhidmatan apa tidak dijelaskan.

Apa yang menarik , ada lah yang memberi wang itu ada lah orang yang mahkamah dihakimi Nazlan Ketika pembicaraan Datuk Seri Najib Razak di anggap sebagai pesalah yang belum dapat dibawa kemahkamah, maka, jika apa yang dilaporkan oleh RPK dan MToday ini benar , maka ia sudah ditakrifkan sebagai hakim mengendali kes dalam situasi “Conflict of interest’.

Kes 1MDB yang membabitkan DSNR semakin tidak dipercayai oleh rakyat sejak kebelakangan ini dan dengan pendedahan demi pendedahan termasuk yang baru ini, maka ia akan terus  tidak dianggap sebagai kes benar selain DSNR telah dianayai.

Diharapkan , Tun Mahathir tampil memberi penjelasan dan membalas kenyataan RPK dan Mtoday dan tidak berdiam diri atau sekadar menyatakan RPK sebagai kaki minum arak untuk menutup pendedahan.

Sebelum ini Tun Mahathir sekadar menyatakan dia tidak tahu sebaik sahaja  pendedahan keluar berkenaan kroni kesayangan nya Tan Seri Zeti Akhtar juga telah memiliki wang sejumlah RM700 juta dari Jho low melalui suami nya Tawfiq Ayman di Singapura.

Hal Zeti  terima wang sogokan turut disahkan oleh Tim Leissner sebagai saksi di mahkamah Amerika Ketika memberi keterangan dan tiada pihak membangkang atau “dispute” dakwaan ini.

Malah pihak CAD  dan Polis Singapura mengesahkan nya.

Kini, dengan pendedahan mengemparkan oleh MToday, maka perhatian rakyat akan tertumpu kepada kes rayuan  DSNR yan terakhir dimahkamah.

Selain soal “Conflict of Interest” dimana hakim kendali kes terbabit sama , soal pembuktian baru dari pihak pembela yang tidak diterima , juga turut akan diperhatikan oleh rakyat.

 

Malaysia sedang alami defisit kpercayaan dari segi imej dan pelabur melarikan diri semenjak kerajaan Tun Mahathir ambil alih dan disambung pula oleh kerajaan proksi nya kemudian.

Diharap pihak berkuasa tampil memberi penjelasan atau bertindak kerana soal integriti sistem perundangan Negara sudah porak peranda dan hampir semua rakyat yakin ia di bawah pengaruh pihak tertentu.

Leave a Reply