Reman hanya sehari, Fahmi Reza dibebas hari ini, kata peguam

Hebahkan !!!

PETALING JAYA: Pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza akan dibebaskan hari ini setelah ditahan polis semalam selepas berkongsi imej grafik satira yang memaparkan seekor beruk memakai tengkolok dan berkeris seperti bangsawan.

Peguamnya, Rajsurian Pillai berkata, majistret hanya membenarkan reman sehari terhadap Fahmi.

Fahmi ditahan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman pada 4.20 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan kad SIM untuk tujuan siasatan bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum itu, menerusi hantaran di Twitter, Fahmi memaklumkan bahawa beliau dipanggil polis berhubung imej tersebut yang dimuat naik di media sosial.

Leave a Reply