Konspirator 1MDB boleh dikenal pasti dalam perbicaraan kes Zeti Akhtar

Hebahkan !!!

 

Oleh Sirajuddin Ahmad

Perkembangan terbaru berkenaan pembabitan bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz telah sampai keperingkat kertas telah diserah kan kepada Peguam Negara.

Kertas siasatan sebenarnya telah pun diserah lebih awal sebelum ini, namun diserah Kembali kepada PDRM  oleh Pejabat Peguam Negara untuk siasatan lebih lanjut lagi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md Din berkata, ia bagi membolehkan tindakan selanjutnya dari sudut Mutual Legal Assistance(MLA) dapat dilakukan.

“Pasukan penyiasat PDRM telah mengadakan perbincangan dengan pihak Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) Singapura pada 29 hingga 31 Mac la

 

Kes ini sangat menarik perhatian rakyat akibat Datuk Seri Najib didakwa atas pelbagai tuduhan 1MDB oleh kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Mahathir.

Maka atas sebab tuduhan tuduhan itu, apabila terdapat sahaja maklumat bahawa suami bekas Gabenor dan Gabenor itu sendiri ada terbabit , maka bertambah kecoh dan bersemangat rakyat mahu bekas Gabenor di seret ke muka pengadilan.

Boleh dikatakan kerana PH dan Tun Mahathir sendiri lah , maka rakyat mahu  Zeti Aziz diseret ke muka pemgadilan kerana marah dan dendam rakyat yang menyokong DSNR.

Jika DSNR bersalah, mana mungkin Zeti dan suami Tawfiq Ayman tidak bersalah pula? Tanya rakyat dan para netizen.

 

Tambah lagi kes begitu di ‘drag’ sekian lama maka ia menampak kan ada cubaan “cover up” bagi pihak konspitrator yang juga “tangan ghaib’ seperti didakwa beberapa pihak.

Zeti pula kebetulan sentiasa ada -pada setiap skandal membabitkan kerajaan Tun Mahathir.

Ini menambahkan lagi syak wasangka rakyat terhadap keseluruhan cerita 1MDB.

 

Zeti terpalit pada skandal Forex dimana RM30 bilion wang negara lesap begitu sahaja dan dipanggil menjawap pada RCI Forex.

Kemudian , Zeti terbabit pada skandal TIA dimana sejumlah RM700 juta wang 1MDB telah masuk kedalam akaun suami nya di Singapura.

Terbaru , pada kisah wang PNB milik pelabur diletak kan kepada syarikat anak Mahathir di Sapura Energy , dan setelah di labur wang itu, anak Mahathir mencampak kan saham Sapura Energy.

Maka , “pattern” dimana ada Zeti , di situ lah wang akan beralih keluar.

Persoalan, ada kah Zeti melaksana nya sendiri atau atas arahan pihak tertentu?

Untuk makluman, Zeti telah dilantik ke jawatan Council of Elders oleh Tun Mahathir dan Tun Daim Ketika PH menjadi kerajaan.

Ini menambah keyakinan bahawa ada pihak dibelakang Zeti.

Pemimpin pemimpin Pakatan Harapan pula seolah olah tahu siapa terbabit lalu cuba mendiamkan diri berkenaan skandal Zeti tetapi amat bising berkenaan Najib Razak.

Tun Mahathir juga terperangkap kerana jika beliau tahu macam macam berkenaan 1MDB Ketika masih berjenama TIA lagi, mana mungkin dia tidak tahu berkenaan pembabitan Zeti Akhtar.

Harus di ingat , Ketika rakyat masih kabur dengan kisah 1MDB, Mahathir antara terawal menyebut kehilangan wang billion dari 1MDB.

Waima, jumlah yang disebutnya berubah ubah ikut kenyataan.

Pada awal , Mahathir menyebut sejumlah RM40 bilion telah lesap, kemudian beliau menukar jumlah kepada RM27 bilion pula.

Adakala beliau menyebut wang telah lesap dan adakala beliau menyebut ia sebagai hutang.

Apa sahaja asalkan dapat menyebut “1MDB’ sebagai cara untuk menanamkan propaganda 1MDB ada skandal dan Najib Razak adalah pesalah nya.

Kini, sebaik sahaja Polis menyatakan bahawa kertas siasatan telah diserah Kembali kepada pejabat Peguam Negara, ramai rakyat terutama nya penyokong DSNR dan juga rakyat biasa merasa agak sedikit lega.

 

Ramai juga merasa agak terkilan kerana Zeti dan suami tidak diperlakukan seperti yang terkena kepada DSNR dimana rumah nya di geledah dan harta disita.

Nampak nya, apa yang dilakukan terhadap DSNR telah Kembali menghantui pihak berkuasa dan konspirator kes 1MDB.

1MDB sememangnya ada kes namun ia bukan seperi yang di fitnah dan didakwa atau yang digambarkan terhadap DSNR.

Jika negara Amerika sudah mendakwa “culprit” sebenar, pelik, Malaysia tidak pula bertindak sedemikian.

Mahkamah Amerika juga mengesahkan Zeti telah menerima sogokan untuk meluluskan Bon secara pantas kilat melalui perakuan Tim Lesinner tanpa ‘dispute” oleh pihak pendakwa.

 

Kini, semua mata tertumpu, apakah akan lambat lagi atau masih ada alasan untuk pihak Peguam Negara melengah lengahkan lagi mendakwa Zeti?

Kes ini sungguh menarik, kerana ramai rakyat percaya Zeti bertindak untuk “konspirator” dan itu sebab wang dipulangkan hanya RM65 juta sahaja .

Apa pun kita semua harus tunggu dan lihat sejuh mana “konspirator” mampu bertindak kerana kes ini telah menjadi perhatian dunia.

Leave a Reply