Hans Isaac , Altimet rebut jawatan Ketua Cabang PKR Ampang.

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Nampaknya jawapan kepada persoalan kenapa artis artis ghairah menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat sudah terjawap.

Mereka rupa rupa nya mendapat habuan untuk bertanding pada PRU15.

Hans Isaac, Altimet dan Afdlin Shauki serta beberapa artis lain beberapa bulan lalu dilaporkan masuk menyertai parti PKR.

Ketika itu belum dilihat sebab sebab nya mereka ghairah sertai parti PKR dan bukan parti lain, kini semua sudah terjawap.

PKR sedang menghadapi pemilihan parti dan selain Anwar Ibrahim yang menang tanpa bertanding sebagai Pengerusi PKR, jawatan lain terbuka untuk pertandingan.

Jika di Setiawangsa , artis dan Pengarah filem Afdlin Shauki berhasrat merebut jawatan Ketua Cabang , melanggar Nik Nazmi, maka lain pula ceritanya di Ampang.

Di Ampang , Hans Isaac bakal berhadapan dengan seorang lagi artis dan rappers Altimet atau nama sebenar Syed Ahmad Syed Abdul Rahman.

Hans Isaac sudah  pun diketahui akan menjadi calon di Ampang sekian lama dulu.

PKR amat memerlukan “booster” untuk ‘survival’ parti mereka kerana sejak kebelakangan ini mula di tolak rakyat kerana pembabitan dalam kerajaan yang di anggap sebagai  kerajaan “kencing rakyat” Bersama sama Tun Mahathr selama 22 bulan.

Semenjak rakyat mengetahui mereka di tipu dengan pelbagai janji, oleh Tun Mahathir, semenjak itu juga PKR sukar menang pilihanraya kecil atupun PRN.

Kini dengan mengumpan artis sebagai calon PKR kepada rakyat , PKR berharap nasib mereka akan sedikit berubah.

Ampang boleh dianggap Kawasan kaya dan aktif perniagaan sehingga anak buah Zuraidah Kamaruddin pun boleh jadi jutawan.

Kini , dengan para artis  bertanding di cabang cabang PKR , maka , PKR akan terlihat lebih meriah dengan wajah segar dan baru.

Sama ada mereka yang lebih lama berbakti dikawasan Kawasan artis artis baru masuk terus bertanding akan menerima mereka, maka pasti sekali negosiasai telah pun dilakukan.

Sama ada rakyat akan menerima PKR dengan umpanan baru PKR , itu lain perkiraan pula.

Leave a Reply