Makin ramai orang yang hendak jatuhkan Anwar bakal muncul dalam PKR

Hebahkan !!!

Sehingga ke hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu-satunya calon tunggal yang akan mempertahankan kerusi Presiden parti PKR dalam pemilihan pari yang akan diadakat pada bulan depan.

Anwar mengesahkan akan mempertahankan jawatan itu dalam satu hantaran beliau di laman sosial Facebook miliknya.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempertahankan jawatan Presiden Keadilan bagi penggal 2022/2024.

“Beliau telah mengemukakan permohonan untuk bertanding menerusi aplikasi ADIL pada pukul 12.14 tengah hari,” katanya hari ini.

Buat masa ini, tidak ada mana-mana ahli parti yang berani menawarkan diri menentang Anwar ketika tempoh pencalonan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang bermula semalam.

Walaupun begitu, ia bukan petunjuk bahawa PKR masih elok dan stabil di bawah Anwar.

Kebelakangan ini, suara Anwar dalam politik negara sudah semakin pudar dan hanya menunggu masa untuk hilang.

Diri beliau sudah semakin tidak relevan.

Sebenarnya, kalau diamati Anwar memegang jawatan Presiden parti hanya sekadar menyempurkan tempoh masa sahaja kerana ketika parti PKR sedang giat berkembang, ketika itu Anwar di dalam penjara.

Selama tempoh itu, PKR ibarat dapur rumah Anwar apabila parti dijaga oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Apabila sudah keluar dari tirai besi, Anwar memegang tampuk pentadbiran di saat PKR amat memerlukan perubahan dalam wajah dan barisan kepimpinan parti.

Mungkin tidak ada guna, jika Anwar kekal tapi di bawahnya ialah orang dan pemimpin yang mahu menjatuhkannya makin rosaklah kepimpinan Anwar.

Oleh kerana sibuk memastikan tapak kerusi Presidennya kukuh, Anwar takkan ada masa pula untuk berdepan persiapan Barisan Nasional (BN) yang sudah semakin rancak mahu menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Maka, nanti masa PRU, PKR akan tetap menerima kekalahan di banyak kerusi dan selepas itu Anwar selaku Presiden akan cari alasan lain lagi untuk menyalahkan kekalahan daripada mengaku ia adalah berpunca dari kegagalan pentadbirannya sendiri.

Leave a Reply