Kanak-kanak hilang didakwa telah diculik oleh jembalang

Hebahkan !!!

Seorang kanak-kanak didakwa telah diculik oleh jembalang dan dicampak ke dalam lagun sebelum dia diselamatkan oleh anjingnya.

Memetik laporan Daily Star, kejadian itu berlaku di wilayah Corrientes di timur laut Argentina pada 6 April lalu.

Penduduk tempatan mendakwa bahawa kanak-kanak itu telah diculik oleh makhluk mitos seperti jembalang yang popular dalam cerita dongeng rakyat tempatan dan dipanggil sebagai ‘Pombero’.

Jembalang itu dikatakan pendek, berbulu dan kuat. Ia juga sukar untuk dilihat kerana mampu menjadi halimunan.

Ibu kanak-kanak itu berkata bahawa dia dan jiran-jiran yakin bahawa Pombero telah menculik anaknya.

“Ini bukan kali pertama seorang budak lelaki tersesat dan ditemui jauh dari tempat tinggalnya,” katanya.

Ketika kejadian, kanak-kanak itu telah diselamatkan dari lagun selepas anjingnya mula menyalak dengan lantang untuk menarik perhatian orang dewasa yang berada berdekatan kawasan itu.

Dalam pada itu, mangsa sebelum itu dikatakan telah meminta izin untuk keluar bermain.

Ibunya yang menyedari mengenai kehilangannya pergi ke rumah jiran yang biasa dilawatinya tetapi tidak berjaya menemuinya.

Selepas mencarinya selama kira-kira tiga jam bersama penduduk tempatan, polis menerima panggilan daripada seorang penduduk yang mengatakan bahawa dia telah menemui budak lelaki itu dan menyelamatkannya dari lagun.

Tidak mengalami sebarang kecederaan, kanak-kanak itu berkata bahawa dia keluar untuk ‘menyelamatkan Kapten Amerika’.

Dia dibawa ke hospital tempatan untuk pemeriksaan kesihatan dan dinasihatkan untuk mandi air panas.
Sementara itu, ibunya berkata bahawa dia sedang menunggu ketibaan paderi untuk melakukan pembaptisan baharu ke atas anaknya itu.

Tanpa menjelaskan lebih lanjut, tindakan itu mungkin dilakukan untuk ‘meraikan’ kepulangan anaknya atau untuk melindungi daripada cubaan penculikan selanjutnya.

Leave a Reply