National Embarrassment – Semenjak BN Bukan Kerajaan , Perdana Menteri Malaysia tidak dihormati.

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Sungguh menyedihkan insiden lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri ke negara United Arab Bersatu dimana tiada pegawai berprofil tinggi dari negara tuan rumah  menyambut Perdana Menteri.

 

Sama ada tersilap ‘arrangement’ protocol dari pegawai negara kita sendiri atau pun pegawai telah menjalankan tugas mereka memaklumkan pihak tuan rumah , namun pihak tuan rumah tidak ambil endah, itu kita tidak tahu.

Dari laporan awal kita dapati pihak tuan rumah sudah menjawap mereka ada urusan lain yang lebih penting.

Malaysia sudah tidak di hornati sejak Tun Mahathir ambil alih dari Najib Razak.

Hari pertama sahaja berbillon wang pelabur di Bursa saham Kuala Lumur menarik pelaburan mereka keluar.

Mereka kenal siapa Tun Mahathir dan Tun Daim.

Peristiwa itu dipanggil “Mahathir slump”.

Najib Razak menyatakan Ketika ambil alih bahawa “There will be no more Capital Cronysm” , bermakna era semua dipulun oleh kroni Tun Mahathir sudah berakhir, dan pelabur mula berani masuk, namun sebaik sahaja Mahathir ambil alih mereka lari keluar kerana mengetahui tabiat lapuk Tun Mahathir.

Bukan sahaja Perdana Menteri Ismail Sabri tidak di layan , bahkan Mahathir juga kena sindir dengan seorang pemimpin tinggi negara China Ketika di satu majlis reception di mana dia menyindir, lebih kurang “ if you think this is a form 0f colonization, our meeting ends here’.

Ini kerana Ketika berkempen menjatuhkan Perdana Menteri Najib Razak , Mahathir sering menyindir Najib Razak menjual negara kepada China dan kedutaan negara China sentiasa memantau laporan media dinegara kita.

Boleh dikatakan bukan salah DSIS tetapi kesalahan kerajaan Pakatan Harapan yang mengambil alh dari kerajaan BN.

Negara luar melhat betapa kerajaan PH boleh menipu para pengundi mereka sendiri dengan janji manifesto dan akhir nya menipu sama sendiri dimana Mahathir tidak serah jawatan kepada Anwar.

Lebh buruk , setelah mengkritik Najib dan negara China, Kerajaan Mahathir menghantar Tun Daim secara gelojoh ke negara China untuk menukar terma projek ECRL untuk kepentingan kroni.

Kerajaan PH juga membatalkan perjanjian Bersama negara Arab Saudi dan menarik pulang tentera Malaysia dari mempertahankan tanah Saudi dari serangan puak syiah Houthi.

Selain itu membatalkan hadiah King Salman kepada negara iaitu Salman Peace Center yang mampu memberi hampir 3,000 pekerjaan tanpa banyak kos di guna oleh negara.

Natijah nya , negara kita tidak di hormati apabila pendakwaan terpilih yang hanya mengenakan DSNR tetapi melindungi pihak pro kerajaan PH.

Kebetulan, DSNR sangat popular pada negara China dan Saudi Arabia dan Malaysia bersungguh sungguh mahu -penjarakan Najib sambil melepaskan pelaku lain yang menjadi kroni Tun Mahathir seperti Zeti Akhtar dan Nor Yakob.

Hampir kesemua pelaburan baru lari kenegara jiran, ada satu syarikat bernama Dyson yang sudah berjanji pun lari ke Singapura yang kos lebih tinggi dari melabur di Malaysia yang berisiko kepimpinan tidak stabil.

Negara juga di lihat tidak amanah apabila bualan rakaman peribadi antara anak kepada pemimpin UAE ia itu Mohamad Bin Zahyd AlNahyan dan DSNR diaibkan dengan mendedah perbuatan sulit itu kepada seluruh negara dan di laporkan seluruh media dunia.

Semenjak itu , tiada pemimpin dunia berani berbual dengan Perdana Menteri kita.

Pada lawatan Tan Sri Muhyddin Yassin pula , Menteri Arab yang menyambut dan melayan nya , terus di pecat serta merta selepas Muhyiddin pulang.

Maka , mungkin kali ini, tiada pegawai berani sambut pemimpn negara yang suka rakam bualan sulit.

Malaysa sudah tidak dihormati sejak Tun Mahathir ambil alih.

Negara perlu segera mengadaksn pilhanraya suaya keyakinan dunia luar terhadap negara akan pulih, dan ia  pastinya kerajaan seperti Barisan Nasional, sebuah kerajaan yang “tested’ dan “proven”.

Leave a Reply