Pesawat kargo patah dua selepas tergelincir di landasan

Hebahkan !!!

SAN JOSE – Lapangan Terbang Antarabangsa San Jose di Amerika Syarikat ditutup sementara selepas sebuah pesawat kargo DHL tergelincir daripada landasan dan patah dua.

Tiada anak kapal dilaporkan cedera dalam kejadian yang berlaku pada Khamis itu.

Jabatan bomba memaklumkan pesawat Boeing 757 itu baru sahaja berlepas dari Lapangan Terbang Juan Santamaria namun berpatah balik selepas mengesan masalah teknikal pada sistem hidraulik.

Pengarah Jabatan Bomba Costa Rica, Hector Chaves berkata, selepas melakukan pendaratan, pesawat berkenaan tergelincir lalu patah dua menyebabkan kargo di dalamnya terdedah.

“Beberapa unit penyelamat telah dikerah bagi mengeluarkan kedua-dua juruterbang di dalam pesawat berkenaan.

“Anggota kami juga telah menyembur buih bagi mengelak tumpahan minyak memasuki sistem saliran,” katanya

Jurucakap syarikat DHL, Daniel McGrath berkata, kedua-dua juruterbang tidak mengalami kecederaan dalam insiden itu.

Namun seorang daripadanya kini menjalani pemeriksaan kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga.
Tambahnya, syarikat itu sedang bekerjasama dengan pihak lapangan terbang bagi mengalihkan pesawat berkenaan.

Siasatan terperinci juga sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Pesawat itu hanya dinaiki dua juruterbang ketika kejadian.

Leave a Reply