Nama sahaja Bersatu tapi matlamatnya memecah belah

Hebahkan !!!

Parti Bersatu dikatakan beli mandat kepada Presiden mereka iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bertemu dan berbincang dengan parti lain untuk menyusun strategi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Dalam laporan portal Malaysiakini, Setiausaha Agungnya Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengeluarkan kenyataan bahawa mandat itu diberikan dalam satu mesyuarat yang diadakan pada 5 April yang dipengerusikan oleh Muhyiddin.

Siapa beri mandat kepada siapa sedangkan Muhyiddin ialah individu paling berkuasa dalam Bersatu?

Ini sudah jadi Muhyiddin beri mandat pada Muhyiddin.

Jika dilihat pada bentuk rundingan yang diadakan, semuanya bertujuan mencari parti yang boleh jadi pakatan untuk menewaskan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya.

Kalau dilihat pada motif Muhyiddin, rundingan itu bukan bertujuan untuk membentuk perpaduan di antara parti dalam gabungan sebaliknya ia untuk kepentingan dirinya untuk jadi Perdana Menteri sekali lagi.

Jika parti dalam gabungan yang mungkin akan terbentuk nanti percaya pada apa yang ditawarkan Muhyiddin, lihatlah nanti bagaimana kemudian gabungan itu akan berpecah-belah kesudahannya.

Lihat sahaja pada pakatan Perikatan Nasional (PN) ketika Muhyiddin jadi Perdana Menteri di mana UMNO dan BN ada sekali dalam pakatan berkenaan. Sepatutnya Muhyiddin menjaga amanah dan tanggungjawab di antara rakan-rakan dalam gabungan.

Ini tidak, dalam siri ceramah tertentu Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh mengutuk UMNO macam-macam, mengkritik BN macam-macam dengan pelbagai tuduhan diberikan.

Ada yang beliau kata UMNO sudah jadi sebuah parti rosak, parti yang sudah lumpuh dan parti yang sudah tidak relevan.

Kalau pada awal mahu bersama dalam satu gabungan atas nama perpaduan untuk menggerakkan kerajaan, peliharalah tanggungjawab tetapi buat perkara yang boleh memecah belahkan hubungan sesama sendiri.

Ketika PAS mahu bersama dalam Muafakat Nasional (MN) bersama UMNO, ia turut diganggu oleh Bersatu yang turut mahu bersama-sama.

Di belakang, dia tikam menikam memburukkan UMNO.

Leave a Reply