Adakah Rafizi cuba “Tabung Haji” kan Sapura Energy demi pihak tertentu yang ingin membeli?

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Begitu tekad Rafizi Ramli mahu menghalang kerajaan “bailout” Sapura Energy dengan membidas Datuk Seri Najib Razak.

Selain membidas DSNR dan ajak berdebat, Rafizi seolah olah ada motif mahu ia kekal dalam keadaan sekarang dan biarkan Sapura Energy lumpuh.

Bukan sekadar ajak berdebat , malah Rafizi anjur akta mengsyorkan kerajaan tidak lagi membantu syarikat GLC yang tenat.

Perlu di ingat siapa Rafizi dan apa dia pernah lakukan sebelum PRU14.

Rafizi telah menyerang TH dengan fitnah fitnah demi memburukan jenama TH.

Pada Ketika itu ramai mempercayainya dan ramai juga rakyat hilang kepercayaan terhadap kedudukan kewangan TH akibat mainan persepsi Rafizi lalu mengeluarkan wang mereka dari simpanan.

Sebaik sahaja kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih , maka rencana membaraikan TH pun bermula dengan aset yang dibina dan diperolehi oleh kerajaan Barisan Nasional di heret masuk ke dalam Special Pupose Vehicle (SPV) Bawah Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.

Sejumlah RM19.9 bilion aset milik TH termasuk yang di Mekah dan Madinah berada di bawah penguasaan seorang bukan Islam akibat permainan Rafizi.

Aset aset itu di gantikan dengan sekeping kertas atas nama “sukuk”.

Ironi nya setelah menceritakan keburukan kewangan TH dan melakukan persepsi rugi, ada penyelewengan dan pelbagai, tiba tiba kerajaan Pakatan Harapan ketakutan untuk mengadakan RCI demi kebenaran.

Pihak BN yang di tuduh seleweng pula yang berani mencabar disiasat dan pihak konon suci pula ketakutan untuk disiasat oleh pihak ketiga.

RCI yang baru diujudkan kini pun bukan versi yang rakyat mahukan dan skop siasatan pun tidak seperti yang rakyat kehendaki.

Kini siaran ulangan perkara sama sudah mula di lakar.

Selain Rafizi bermati matian hendak berdebat, Rafizi juga saran diujudkan syarat atau akta supaya kerajaan tidak lagi “bailout” mana mana syarikat yang lumpuh atau nazak.

 

Saranan setelah anak Mahathir sudah campak saham nya Ketika Sapura Energy masih bernafas lagi.

Dari sumber tertentu , kami mendapat maklumat ada beberapa pihak sedang “mengintai” untuk terkam aset SE jika ia berjaya dibaraikan.

Siasatan harus dilakukan sama ada Rafizi bermotif untuk menjahanamkan SE agar pihak tertentu dapat membeli SE sama seperti alasan SPV Lim Guan Eng ambil alih aset TH.

Jika saranan DSNR supaya kerajaan membantu syarikat GLC atas dasar “good money to chase bad money” digagalkan , maka kerajaan dan rakyat kehilangan SE dan pelaburan wang rakyat sekitar RM4 bilion hangus begitu sahaja.

Sambil itu 10,000 kakitangan kehilangan pekerjaan termasuk vendor dan chain of supply nya.

Isu SE sangat mencurigakan kerana ada kaitan dengan pihak yang pernah memiliki nya.

Modus operandi menjatuhkan saham dan membeli nya bila sudah murah, banyak terjadi di negara kita, sambil pura pura “bailout” untuk mengalihkan wang rakyat kepada syarikat kroni sudah berulang banyak kali.

Ia perilaku “repetitive”  yang pernah terjadi kepada MAS, PROTON dan PERWAJA.

Maka , kerajaan harus ikut nasihat DSNR yang tiada kepentingan kroni untuk di jaga melainkan demi negara dan rakyat, ia sudah terbukti.

Leave a Reply