Tun Mahathir akan kecewa jika Najib Di dapati Tidak bersalah.

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Kes unik 1MDB yang di reka khusus oleh Pakatan Harapan dan Tun Mahathir  untuk penjarakan Najib Razak dan bukan untuk cari kebenaran pasti akan mengecewakan Tun Mahathir jika Najib Razak didapati tidak bersalah.

Kes dimana ada pihak yang didakwa ada yang tidak didakwa oleh kerajaan Pakatan Harapan di lihat begitu carca marba dengan banyak kemunculan pembuktian baru dan fakta baru.

Antaranya terdapat di mana Hakim yang kendali kes adalah juga pihak yang ada pada urusan SRC, erti kata lain , pihak yang mempunyai kepentingan.

Pada mana mana kes, ini ada lah terang terangan satu bentuk “conflict of interest” , namun kes tetap d teruskan.

Malah, pada isu gentian Hakim asal juga terlihat alasan dimana hakim asal di tukar kerana abang nya ada lah seorang ahli UMNO.

Jika itu sahaja sudah cukup untuk menukar hakim, apa tah lagi hakim yang ada pembabitan pada isu 1MDB dan SRC.

Sedangkan jika abang hakim seorang ahli UMNO, belum tentu pun hakim itu suka kepada UMNO.

Dalam satu tulisan terbaru Tun Mahathir, beliau telah melaksanakan kerja Pre-emptive nya untuk menekan supaya Najib di dapati bersalah.

 

Tulisan di percayai terhasil dari kekecewaan parti nya telah di tolak secara “total wipeout’ di PRN Johor.

Hilang deposit pada 42 kawasan yang di tandingi.

Mahathir bukan jenis indivdu yang lihat pada diri sendiri tetapi suka lihat pada kesilapan orang lain.

Ego nya terlalu tinggi untuk menerima hakikat rakyat tidak memerlukan nya lagi.

Tambah lagi sepanjang  menjadi Perdana Menteri kali kedua dia menjadi anti rakyat dan mencaci rakyat.

Dalam tulisan terbaru Mahathir , Mahathir menulis andaian jika UMNO menang pilihanraya pada PRU15.

Katanya UMNO akan cuba bebaskan Najib Razak.

Persoalan nya , apa salah bebaskan dari kes yang palsu dan di reka reka?

Kes yang banyak tersembunyi maklumat dan  bukti dan di langsungkan dengan pelbagai halangan kepada pembela.

Malah , kes kehilangan wang rakyat sebanyak RM30 bilion pada RCI FOREX juga sudah lengkap dan tinggal untuk di jatuhi hukum pun boleh di cop “No Further Action” oleh kerajaan Tun Mahathir Ketika Pakatan Harapan mengambil alih, maka apa masalah kes rekaan terhadap Najib di gugurkan terus?

Tambah lagi banyak bukti baru semua membabitkan kroni Tun Mahathir sendiri seperti Nor Yakob dan Zeti Akhtar Aziz

Mahathir sendiri sebut di dalam tulisan nya, bahawa ramai ahli UMNO mahu pilihanraya di segerakan , bermakna , ia satu akuan bahawa UMNO bertindak ikut kehendak ahli dan bukan ikut kehendak Najib.

Jika yang menjadi Presiden adalah seorang yang Pro Najib dan bukan Ismail Sabri , bermakna ahli UMNO sudah memilih ikut demokrasi, dan ia bukan satu kesalahan pun.

Kenapa Mahathir peduli siapa akan jadi Presiden UMNO? Dan kenapa Mahathir risau jika ia bukan Ismail Sabri?

Sejak bila Mahathir hormat Presiden UMNO tidak kira siapa pun dia?

Tidak pernah ada Presiden UMNO yang pernah selamat dari gangguan Mahathir.

Maka , peduli lah siapa ahli UMNO akan pilih, kerana itu urusan UMNO bukan urusan Mahathir.

 

 

 

Leave a Reply