Sudah bermula, DAP mula dedah perlakuan Muhyiddin Yassin

Hebahkan !!!

Semua orang perlu tahu, jika ada orang yang pernah menjadi musuh DAP, orang itu akan tetap menjadi musuh mereka walaupun orang berkenaan sudah keluar parti dan berada dalam parti lain.

Lebih teruk, DAP akan tetap memusuhi orang itu walaupun orang itu pernah bersama-sama dengan DAP dalam satu pakatan dan menang.

Itulah yang terjadi kepada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pernah bersama-sama DAP dalam satu pakatan sebelum ini dalam Pakatan Harapan (PH) berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Kini, Muhyiddin mula jadi sasaran kecaman pemimpin DAP memandangkan sebelum itu Muhyiddin pernah menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Pengerusi DAP M Kulasegaran menyatakan ketika menjadi Menteri Dalam Negeri bawah kerajaan PH, beliau tidak peduli langsung untuk menyelesaikan masalah kerakyatan melibatkan kaum India di negara ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat berkata walaupun PH telah berjanji untuk selesaikan isu itu, tetapi Muhyiddin tidak ambil peduli.

Beliau juga dikatakan tidak hadir ke mesyuarat khas kabinet PH untuk menyelesaikan isu itu yang sepatutnya dipengerusikan oleh Muhyiddin sendiri.

“Semasa saya menjadi menteri kabinet, saya memita kabinet untuk menubuhkan jawatankuasa khas untuk ditubuhkan. Dan kabinet bersetuju di mana Muhyiddin selaku Menteri Dalam Negeri dan saya sebagai menteri sumber manusia adalah pengerusi bersama.

“Tetapi, Muhyiddin menjadi penghalang. Sejak hari pertama sehingga 22 bulan kerajaan PH tumbang, tiada satu mesyuarat diadakan.

“Boleh dikatakan agak keterlaluan dan memalukan kepada negara, tiada satu mesyuarat diadakan untuk memudahkan dan membincang dengan memegang kepentingan apa yang perlu dilakukan. Ia menunjukkan Muhyiddin jauh dalam dirinya tidak komited untuk membantu kaum India di negara ini.

“Anda bayang sendiri, (komitmen kerajaan) ketika dia menjadi perdana menteri (semasa kerajaan Perikatan Nasional) dan menjadi orang penting dalam kerajaan hari ini,” katanya dalam laporan portal Malaysiakini hari ini.

Ini dipercayai hanyalah permulaan DAP akan mendedahkan segala perlakuan dan tindakan Muhyiddin yang tidak dipersetujui oleh mereka diambil oleh Muhyiddin ketika jadi Menteri dalam gabungan PH.

Tidak mustahil banyak lagi dakwaan akan timbul dan didedahkan oleh para pemimpin DAP tentang Muhyiddin.

Bagi mereka, beliau adalah musuh tetap kerana Muhyiddin dilihat amat lantang juga mengkritik DAP ketika berada dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Apabila Ahli Parlimen Pagoh itu sudah tidak ada faedah kepada mereka, tiba masa untuk mereka kutuk dan kritik habis-habis.

Kalau Muhyiddin masa dalam BN, dikutuknya DAP. Selepas pernah jadi Menteri semasa dalam PH dan kemudian jadi Perdana Menteri, UMNO pun dikutuknya macam-macam.

Leave a Reply