Tiada parti Politik Percaya kepada Mahathir dan Muhyiddin.

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Sebaik sahaja Lim Guan Eng membuat kenyataan bahawa Pakatan Harapan tidak akan beri peluang kedua kepada Muhyiddin Yassin kerana telah menikam Pakatan Harapan dari belakang , maka nampak nya pintu untuk penyatuan bagi PPBM dan PH telah tertutup rapat.

Lim Guan Eng dalam kenyataan nya berkata  ‘Pasti sekali tiada Kerjasama akan di jalinkan dengan  Muhyiddin ,  dan tiada siapa pun akan percaya kepada dia”.

 

Dengan kenyataan sedemikian, ia mengesahkan Muhyiddn tergolong sebagai ahli politk yang sudah tidak boleh dipercayai oleh DAP.

Apabila DAP menolak, maka Parti Amanah (PAN) akan juga menolak Muhyiddin atas sebab PAN ada lah di bawah pengaruh DAP dan tiada pendirian sendiri.

Sejajar dengan itu, PKR dan Anwar Ibrahim juga akan mengikut jejak DAP atas sebab PKR perlukan undi pelbagai kaum yang dikuasai DAP.

Dalam waktu yang sama , walaupun LGE memberi meseg jelas kepada Muhyiddin, namun dipercayai ia juga satu “notis” kepada Mahathir bahawa PH juga tidak mempercayai Tun Mahathir kerana menyerah jawatan Perdana Menteri tanpa merujuk kepada “Presidential council” Pakatan Harapan terlebih dulu.

Pengkhianatan oleh kedua Tun Mahathir dan Muhyiddin masih belum di lupai oleh kepimpinan PH sehingga hari ini.

Mahathir pula dalam cubaan nya untuk memikat hati parti parti lain agar mempercayai nya telah dengan secara tidak jujur kepada Muhyiddin telah mendedahkan pertemuan kedua mereka adalah atas sebab Muhyiddn konon nya minta bantuan untuk Kembali menjadi Perdana Menteri.

Namun kenyataan ini, tetap tidak dipercayai oleh parti parti lain.

Dalam kenyataan berasingan Parti WARISAN  juga membuat kenyataan enggan mahu ada apa apa Kerjasama bersama Muhyiddin.

Ni lah natijah nya, apabila mengkhianati sekutu sendiri.

Namun , perangai dan tabiat kedua Mahathir dan Muhyiddin ada lah lazim Ketika mereka bersama UMNO lagi.

Mahathir terlebih awal mengkhianai UMNO semenjak era Tunku Abdul Rahman lagi.

Malah Ketika Tun Abdullah menjadi Pedana Menteri juga dikhabarkan Mahathir ada membuat plot untuk menewaskan Barisan Nasional di beberapa negeri pergunakan klan klan serta persatuan Cina.

Akhirnya, beberapa negeri telah tumbang seperti yang di umumkan oleh Daim Zainuddin.

Banyak lagi kisah pengkhianatan oleh Mahathir dan juga Muhyiddin Ketika bersama UMNO dan sentiasa ada sahaja kisah mahu menjatuhkan pemimpin UMNO.

Kini, hasil nya, tiada satu parti pun berani berkerjasama dengan kedua watak ini.

Bila bila masa sahaja mereka boleh menikam belakang apabila keperluan mendesak.

UMNO beruntung kerana telah menghumban kedua mereka keluar dari parti , waima mereka masih cuba mengkhianati UMNO dari luar melalui pemimpin UMNO yang condong kepada mereka.

Kini, selepas ini , jika ada juga parti politik yang mahu berganding dengan Mahathir dan Muhyiddin, pasti ada sesuatu yang sudah di tawarkan di pintu belakang, atau pun di kira sebagai parti yang terlalu “desperado”.

 

Leave a Reply