Najib Cuba selamatkan Sapura Energy Ketika Mahathir Tak ada cadangan.

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Jika di lihat kepada sejarah Sapura Energy, ia boleh di kira syarikat yang lebih rapat dan “istimewa” kepada keluarga Mahathir melalui anak nya Mokhzani kerana pernah menjadi syarikat minyak kongsian Mokhzani bersama Tan Sri Shahril Shamsuddin.

Namun , di kala , Sapura Energy di rundung malang , Najib Razak pula yang lebih menonjol untuk membantu nya.

Ketika DSNR cuba sedaya upaya menyelamatkan syarikat dan pekerja nya, Mahathir tiada masuk campur atau tiada ‘idea” untuk membantu Sapura.

Sebagai bekas pemilik, Mokhzani masih berdiam diri dari memberi pendapat untuk membantu.

Hujah Najib seperti di bawah , menampakan betapa DSNR mahu syarikat ini di selamatkan juga dan 10,000 kakitangan nya dikekalkan.

Ketika Rafizi Ramli menyanggah saranan DSNR dan berkata wang untuk membantu Sapura elok digunakan kepada rakyat, Rafizi telah pun memperbodohkan diri dengan menafikan 10,000 kakitangan dan pekerja sebagai rakyat.

Ketika Pakatan Harapan memerintah , antara janji PH ada lah mengujudkan 1 juta pekerjaan di mana akhirnya di tipu dengan pembuangan hampir 40,000 kakitangan awam dan pekerja kontrek.

Kini, apabila DSNR meletak hujahan berkenaan kerja ‘rescue” terhadap SAPURA , Rafizi mengambil kesempatan politik untuk menaikan nama nya yang sudah tenggelam dari arena politik dengan mengajak berdebat.

Rafizi mahu mempamirkan diri nya calon layak dari Saifuddin Nasution atau calon calon lain.

 

Ramai juga risau berkenaan syarikat Sapura dan ada yang berpendapat ada pihak yang ingin membelinya dengan harga murah dengan cara menjatuhkan nya terlebih dahulu.

Beberapa nama di petik dengan kaitan ini.

Namun sejauh mana khabar angin itu belum di pastikan lagi.

Apa pun lihat cadangan cadangan yang bernas dari DSNR seperti dibawah ini ;-

Rasanya semakin ramai yang mula sedar impak besar kepada ekonomi jika Sapura Energy tidak dibantu.

Gambar ini adalah keratan dari wawancara CEO baharu Sapura pada hari Sabtu di mana dia gariskan 3 langkah utama pelan rasionalisasi mereka sekiranya tidak mendapat bantuan kerajaan.

LANGKAH 1: Minta pemaafan hutang sebanyak 75% dari bank-bank – iaitu RM7.6b dari jumlah hutang RM10.3b.

Komen saya: Antara-bank tempatan ini yang terdedah dengan pinjaman besar kepada Sapura adalah dimilik PNB (Maybank), Khazanah Nasional (CIMB) dan RHB (KWSP).

Jika bank-bank bersetuju maka kerugian kepada sistem perbankan tempatan adalah sehingga RM7.6b – iaitu 3 kali ganda kerugian RM2.5 bilion dalam kes Genting HK.

Ini bakal memberi impak kepada dividen tabung-tabung simpanan Rakyat dan juga pasaran saham tempatan.

Jika bank-bank tak bersetuju maka Sapura bakal diisytihar muflis. Lebih 10,000 pekerja Sapura dan vendor-vendornya akan terkesan manakala ekosistem vendor sektor minyak dan gas tempatan akan runtuh.

PNB bakal menanggung kerugian RM5 bilion bagi pegangan 40% mereka dalam Sapura Energy dan akan terkesan juga sekiranya Maybank (50% pegangan) turut mengalami kerugian.

LANGKAH 2: Merunding semula 6 kontrak yang rugi.

Komen saya: Saya tak ada masalah dengan ini sebab memang pun ianya tidak memberi sebarang manfaat kepada customer dan Sapura sekiranya tidak dirunding semula. Ianya juga satu langkah yang adil.

Ini adalah kerana lockdown pandemik Covid dan kenaikan mendadak kos hampir semua jenis komoditi setelah ekonomi dibuka semula telah menyekat penyampaian projek.

LANGKAH 3: Sapura akan jual aset-aset berharga mereka – terutamanya antara aset paling bernilai iaitu baki pegangan 50% saham dalam Sapura OMV.

Komen saya: Ini yang kita mahu elak.

Sapura OMV mempunyai hak-hak ke atas telaga dan kawasan minyak yang sudahpun mula berhasil sebanyak 40,000 tong sehari dan diunjur naik ke 100,000 tong pada tahun 2025 – menjadikannya pengeluar minyak dan gas bebas terbesar di Asia Pasifik dan syarikat pengeluar gas ketiga besar di ASEAN selepas Petronas dan Shell.

Selain itu, aset-aset perkhidmatan minyak dan gas Sapura adalah lebih baru dan canggih berbanding syarikat lain dan sangat diperlukan bagi pembangunan sektor minyak dan gas negara.

Jualan paksaan aset-aset ini pada ketika permintaan bagi sektor minyak dan gas semakin melonjak susulan kenaikan harga minyak adalah amat sayang sekali dan tidak bijak.

Memandangkan nilai-nilai aset ini adalah sangat tinggi serta khusus, besar kemungkinan ianya akan jatuh ke tangan pembeli-pembeli asing.

Najib tak ada kepentingan dalam Sapura Energy tetapi Najib nampak kesannya kepada ekonomi keseluruhan, tabung-tabung simpanan Rakyat serta sektor minyak dan gas negara bagi jangka masa panjang.

Apa pun , yang penting ia dapat di selamatkan atas sebab banyak faedah dan manfaat kepada infrastructure sedia ada pada Sapura Energy dan kos mencipta lagi satu entiti yang sama memakan wang yang banyak dan mahal.

Tambah lagi dana rakyat melalui PNB telah pun di letak oleh kerajaan PH ketika memerintah kedalam nya.

 

Leave a Reply