Kadar tol di empat lebuh raya di Lembah Klang tidak dinaikkan

Hebahkan !!!

PUTRAJAYA – Kadar tol di empat lebuh raya di Lembah Klang tidak akan dinaikkan dan dikekalkan sehingga tamat konsesi.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia melibatkan Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Terowong SMART, Lebuhraya SPRINT dan Lebuhraya Damansara- Puchong (LDP).

“Setelah penelitian terperinci daripada semua aspek yang meliputi bebanan kepada pengguna, obligasi kerajaan selaras dengan Perjanjian Konsesi serta beban kewangan, kerajaan telah bersetuju dengan cadangan penstrukturan semula empat syarikat konsesi lebuh raya di sekitar Lembah Klang,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Leave a Reply