Saifuddin Nasution calon terbaik jadi Nakhoda PKR akan datang

Hebahkan !!!

Sudah sampai saatnya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim diambil alih tempatnya dan digantikan dengan orang lain kerana kegagalan demi kegagalan dicapai oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu apabila memimpin parti berkenaan.

Bersama Anwar, PKR yang bergabung bersama Pakatan Harapan (PH) tidak pernah berjaya membentuk kerajaan persekutuan seperti yang diangan-angankan oleh beliau sejak menubuhkan parti itu.

Paling memalukan ialah pembohongan janji 16 September iaitu PKR akan membentuk kerajaan seterusnya menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang pada ketika itu dipimpin oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pada masa itu, Anwar berkata beliau ada bilangan Ahli Parlimen mencukupi untuk membentuk kerajaan pada ketika itu tetapi semua hanya omong kosong beliau sahaja.

Ketika ini, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dilihat sebagai ikon ideal untuk satu hari nanti menggantikan Anwar jadi nakhoda PKR.

Pada 2017, Saifuddin mendapat kepercayaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada masa itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang untuk dilantik sebagai Penasiha Strategiknya.

Kalau sudah dapat dilantik sebagai penasihat untuk pemimpin DAP, orang itu memang hebat dan memang layak mengepalai parti sehebat PKR.

Pada Pemilihan PKR nanti, Saifuddin dijangka bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dan selepas itu, Saifuddin wajar bertanding jawatan Presiden.

Anwar pada masa ini sudah mula “goyang” selepas beberapa nama yang sebelum ini diam dan seakan-akan meninggalkan terus politik tiba-tiba kembali dan mahu bertanding pada pemilihan yang akan berlangsung pada Mei nanti.

Majlis perasmian kempen ‘Ayuh Malaysia’ oleh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli baru-baru ini juga sudah buat Anwar tak senang duduk sehingga ada video dikeluarkan mempersoalkan penglibatan aktif semula dirinya dalam politik.

Kalau hendak disebut satu persatu kegagalan Anwar memimpin PKR ada banyak. Paling jelas ialah berlakunya kekecohan di banyak edisi pemilihan parti PKR ekoran tidak berpuas hati dengan sistem pemilihan yang dianggap tidak adil.

Ahli PKR sendiri sudah tidak tahan melihat kerakusan kuasa Anwar yang terlalu asyik untuk mendapatkan jawatan Perdana Menteri.

Dengan kepimpinan baharu, kemungkinan pencapaian PKR akan lebih baik bersama dalam gabungan PH pada pilihan raya akan datang dan paling penting diterima dan kembali relevan dalam politik Malaysia.

Leave a Reply