Institut Le Rosey, sekolah paling mahal di dunia

Hebahkan !!!

Institut Le Rosey (Le Rosey) berkemungkinan ialah sekolah paling mahal di dunia kerana yuran tahunannya sahaja mencecah AS$130,000 (RM547,300).

Negara Switzerland ialah tempat di mana terletaknya sekolah yang mahal dan eksklusif di dunia.

Di sana ada sekurang-kurangnya 10 buah sekolah dengan yuran tahunan lebih AS$75,000 (RM315,750) tetapi Le Rosay ialah sekolah paling mahal.

Ia adalah sebuah sekolah berasrama berprestij dengan keahlian alumni dalam kalangan orang terkenal.

Sekolah itu turut digelar ‘School of Kings’.

Ini adalah kerana, Raja Juan Carlos dari Sepanyol, Raja Fuad II dari Mesir dan Raja Albert II, Belgium merupakan pelajar di sekolah ini. Shah Iran Aga Khan dan Puteri Marie Chantal juga pernah bersekolah di sini.

Sekolah Le Rosey sudah berabad memberikan pendidikan kepada keluarga kaya raya di Eropah dan tidak hairanlah kenapa yuran persekolahan di situ begitu tinggi.

Ia dimulakan pada tahun 1880 oleh Paul Carnal, Le Rosey merupakan satu-satunya sekolah berasrama dengan dua kampus yang luas di Le Rolle di tepi tasik Geneva. Sekolah itu juga ada sebuah kolam renang bersaiz Olimpik, gelanggang tenis, lapang sasar menembak dan pusat ekuesterian.

Le Rosey juga ada dewan konsert yang bernilai 40 juta Pound. Ia juga ada kampus musim sejuk di Gstaadt di mana para pelajar menghabiskan kebanyakan masa bermain ski.

Nisbah guru dengan pelajar di sekolah itu ialah 150 guru untuk 420 pelajar dengan kebanyakan kelas mempunyai kurang dari 10 pelajar satu kelas.

Ia akan memastikan setiap pelajar akan dapat memberikan perhatian dan guru boleh memberikan tumpuan kepada pelajar dengan lebih baik.

Daripada 420 tempat yang ada untuk pelajar berumur 7 hingga 18 tahun, 30 pelajar dapat belajar di Le Rosey kerana ibu bapa mereka mengajar di sana dan hanya tiga orang menerima biasiswa setiap tahun.

Selebihnya, membayar penuh jumlah yuran tahunan berkenaan.

Menurut Pengetua ke-5 Le Rosey, Christoph Goodin yuran tahunan yang tinggi bukan bertujuan memberikan keuntungan lebih kepada sekolah tetapi ia memberikan kebebasan untuk pihak sekolah melakukan sesuatu.

“Saya boleh mengambil 10 peratus dari perbelanjaan saya dan tambahkan pada kos yuran tahunan, tetapi matlamat kami bukan untuk mengaut keuntungan.

“Kami menolak sumbangan derma, kami mahu kekal bebas kerana kami boleh lakukan apa sahaja tanpa ada sebarang halangan,” katanya.

Yuran tahunan berkenaan bukan hanya memberikan akses kepada kemudahan dua kampus Le Rosey tetapi juga ia juga akan diberikan sebagai duit poket.

Untuk mendapat pemahaman jelas betapa mahalnya bersekolah di Le Rosey, sekolan Eton iaitu yang paling berprestij di England mengenakan hanya separuh daripada yuran tahunan di Le Rosey.

Leave a Reply