Sultan Johor rasmi Terminal Feri Desaru Coast

Hebahkan !!!

KOTA TINGGI – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan merasmikan Terminal Feri Desaru Coast di sini yang bakal memacu pertumbuhan sektor pelancongan dan ekonomi Johor Tenggara.

Dalam hantaran terbaru di media sosial, baginda berkongsi kemudahan yang terdapat di Terminal Feri Desaru Coast yang merupakan pintu masuk baharu antarabangsa Malaysia ke-16.

Terminal feri berkenaan yang dilengkapi Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) serta kemudahan maritim, akan meningkatkan kesalinghubungan destinasi antarabangsa dari Singapura dan Batam serta Bintan Kepulauan Riau Indonesia.

Kedatangan pelancong antarabangsa diyakini akan merancakkan lagi aktiviti ekonomi setempat terutama peniaga, usahawan dan juga pemain industri lain serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Turut berangkat pada majlis itu Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Ibrahim.

Leave a Reply