Segera Buka Kes Zeti dan Suami demi reputasi dan imej negara.

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Kes membabitkan bekas Gabenor negara Tan Sri Zeti Akhtar masih belum di buka di mahkamah lagi.

Walaupun sudah bertahun di ungkit skandal itu.

Dilly dally berkenaan kes itu masih lagi berada dalam siasatan.

Malah berita terbaru , PDRM sudah mula mendapat maklumat berkenaan persetujuan saksi di Singapura untuk memberi keterangan.

Persoalan, kenapa siasatan  berada di dalam keadaan “snail pace’?

Keadaan ini mengakibatkan nama Tun Mahathir menjadi bualan rakyat yang konon nya Tun Mahathir di belakang tabir pergunakan pihak ketiga untuk melengahkan kes atas sebab mungkin dia terbabit.

Maka , ini juga mungkin tidak adil bagi Tun Mahathir.

Atas sebab sama , kes membabitkan Najib Razak juga sudah tidak di percayai oleh rakyat kerana kes Zeti tidak di buka buka.

Ia berlawanan dengan kes di hadapi Najib Razak di mana pihak berkuasa tidak sabar sabar bertindak dan menyiasat dan merampas harta Najib dan beku kan akaun nya.

Dari maklumat terbaru, seorang penulis blog dan juga “wartawan invstigative” Raja Petra Kamaruddin @ Malaysia Today telah mendakwa ada pihak mahu Polis dan Bukit Aman melengah lengahkan kes dan jika boleh mahu kes Zeti dipendam terus.

Ini lah maksud kami melewatkan kes akan datang kan banyak spekukulasi dan andaian.

Dalam keterangan terbaru pada video nya RPK telah menyebut ada pihak perguna PDRM untuk melewatkan kes Zeti.

RPK juga turut memberi hint pihak mana yang terbabit dan di andaikan sangat mudah di teka oleh sesiapa pun siapa gerangan pihak itu.

Selain itu banyak maklumat berlawanan telah muncul di mahkamah Amerika dalam kes perbicaraan Robert Ng di mana Tim Leisner telah mendedahkan pelbagai kejadian yang  akibatkan kes di Malaysia menjadi goyang dan meragukan.

Fakta fakta bercanggah telah muncul dan menjadikan pergulungan hujah di mahkamah Malaysia sebagai tidak lengkap dan berdasarkan maklumat tidak lengkap dan tidak ambil kira beberapa faktor penting di mahkamah Amerika.

Tidak dapat di bayangkan apabila kehadiran peguam Queen Council  yang akan di “engage” oleh pihak pembela untuk menjadi saksi kepada rayuan Najib di mana bukti bukti baru dan maklumat baru tidak di ambil kira ketika  hakim menjatuhkan hukuman terhadap Najib Razak.

 

Pasti sekali pihak QC akan persoal kan nya dan apa kah jawapan yang akan di beri oleh pihak penjatuh hukum, atas sebab QC miliki pengaruh di dunia pengadilan terutama nya di The Hague dan lain negara Eropah.

Jika tidak  melayan, pasti akan di jadikan isu dan akan menjadi tekanan kepada negara , malah potensi Malaysia akan berhadapan tindak balas dari negara sekutu yang menyokong keluhuran undang undang.

Apa pun , Kembali kepada topik dimana kes keluarga Zeti, di mana ia harus di segerakan demi imej dan reputasi negara yang kini dalam perhatian serantau dan pelabur.

Malaysia antara negara tercorot dalam Asean mendapat pelaburan FDI dan tecorot dalam KDNK.

Pelabur masih ada”reservation” terhadap pelaburan berskala mega di Malaysia seperti di dapati oleh Indonesia dan Vietnam kerana keraguan mereka terhadap sistem perundangan , percukaian dan integrit badan berkuasa seperti SPRM , PDRM dan BNM seolah olah ada cubaan “cover up” terhadap kes besar.

Segerakan buka kes Zeti demi nama baik negara Malaysia dan BNM.

Kes lewat telah mendatangkan keraguan terhadap kewibaan Polis dan kerajaan.

 

 

 

 

 

Leave a Reply