Parti pembangkang bakal berpecah-belah menjelang PRU15

Hebahkan !!!

Ada deruan khabar angin yang kuat menjangkakan bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan diadakan pada tahun ini juga dan dalam masa terdekat.

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik tanah air, mereka merasakan PRU diadakan ekoran momentum kemenangan yang diperolehi Barisan Nasional (BN) pada beberapa siri Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lepas iaitu di Sarawak, Melaka dan Johor.

Parti teras dalam BN, UMNO juga kalau boleh mahu PRU diadakan segera untuk BN kembali mendapat mandat baharu rakyat untuk membentuk kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri serta membawa kestabilan politik.

UMNO mengambil keputusan menangguhkan pemilihan parti untuk memberikan laluan kepada PRU terlebih dahulu.

Dua parti dalam Pakatan Harapan (PH) sedang dalam fasa mengadakan pemilihan iaitu DAP dan PKR.

DAP baru sahaja selesai pemilihan mereka baru-baru ini.

Pemilihan yang diadakan apabila berada dekat-dekat dengan pilihan raya biasanya akan membawa bibit perpecahan dan itulah yang akan berlaku kepada PKR dan DAP dalam menghadapi PRU15 nanti.

Dalam keputusan pemilihan DAP, ada muka lama yang tidak menang dan ada yang dinaikkan jawatan ke peringkat yang lebih tinggi.

Bagi penyokong mereka, sudah tentu ada rasa tidak puas hati kerana pemimpin mereka kalah.

Dalam PKR pula yang kini sedang dalam fasa permulaan sebelum penamaan calon bertanding dan banyak nama pemimpin yang sebelum ini hilang, lenyap dan tenggelam datang kembali menawarkan diri bertanding.

Sudah pasti kerusi Presiden PKR yang disandang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perhatian kerana sudah ada petanda jelas kepimpinan beliau sudah mula tidak diterima oleh ahli akar umbi.

Bukan sahaja ahli malahan dalam kalangan pemimpin PKR sendiri.

Kesan daripada perpecahan, mungkin nanti pemimpin yang tidak berpuas hati ini akan bertanding sebagai calon bebas dan melawan calon dari bekas partinya sendiri dalam PRU nanti bagi memecahkan undi supaya parti itu kalah.

Bukan sekali dua, malahan banyak kali di beberapa kerusi pertembungan sesama sendiri calon dari PH berlaku dan kemudian ia akan dikatakan sebagai perbuatan sabotaj.

Biasanya, pemiilihan yang merebut jawatan dalam parti pasti akan berakhit dengan perpecahan ekoran pergeseran pendapat dan sokongan sesama ahli.

Leave a Reply