Kenapa kerajaan 22 bulan PH tak guna Formula Rafizi?

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Rafizi Ramli menempelak Datuk Seri Najib Razak dengan kenyataan balas “sekurang kurang nya saya ada formula”.

Itu sahaja yang mampu Rafizi jawap kepada DSNR.

Dalam proses Rafizi hendak Kembali aktif berpolitik setelah sekian lama aktif berkerja di belakang tabir, Rafizi perlu kacau watak seperti Najib untuk naik kan Kembali nama nya.

Dalam erti kata , menumpang nama Najib untuk lihat “important”.

Namun, dalam semua Formula yang di tawarkan oleh Rafizi, formula Rafizi tewas dan kalah kepada formula Tun Mahathir.

Bukan sahaja Rafizi tewas dan kalah kepada Tun Mahathir, Boss Rafizi Anwar Ibrahim juga turut tewas sama.

Mahathir kencingkan kedua dua Rafizi dan Anwar dan seluruh PH.

Itu lah formula hebat Tun Mahathir.

Pada PRU14 , PKR menang 47 kerusi , parti Mahathir Cuma menang 13 kerusi sahaja, tapi formula tipu muslihat Mahathir berjaya mengatasi Formula Rafizi.

Selain itu, Ketika kerajaan 22 bulan memerintah , tiada satu pun Formula Rafizi di praktiskan oleh kerajaan 22 bulan.

Yang ada Cuma banyak kes babit Rafizi gugur begtu sahaja bersama sama kes lain yang babitkan ahli PH.

Formula Rafizi dan manifesto PH sangat berlawanan.

Dalam menyatakan kerajaan sudah muflis dan bankrap pada kemen kemen pilihanraya ,PH menawarkan ganjaran ratus billion kepada rakyat.

Batal PTPN, mansuh Tol sahaja sudah menelan puluhan billion untuk kerajaan “buy out” pinjaman dan “take over”serta oenghapusan AES.

Itu belum lagi bilion yang harus di gunakan untuk “bailout” pelajaran percuma dan subsidi minyak petrol.

Sebalik nya yuran Universiti pula dinaik kan oleh kerajaan PH.

Dua kali rakyat kena tipu, selain tidak dapat apa yang di janjikan oleh PH , yang sudah di dapati dari kerajaan Barisan Nasional juga di Tarik balik seperti elaun elaun.

Itu lah dia Formula formula janji janji dari PH dan Rafizi yang tidak digunapakai.

Hati hati lah rakyat kepada semua yang terbabit dalam kerajaan 22 bulan.

Politik mereka ada lah “scandal base” dan bukan “rakyat base”.

Mereka hidang rakyat isu isu panas untuk buat rakyat benci pemimin parti lawan, namun sebaik sahaja ambil alih kuasa mereka tidak ada skim bantu rakyat bahkan hanya sambungan kisah skandal, mahkamah dan sewaktu dengan nya seperti sebelum PRU14.

Leave a Reply