Pengeluar Makanan Kini Tarik Balik Sekatan Minyak Sawit

Hebahkan !!!

KUALA LUMPUR– Kekurangan bekalan minyak bunga matahari secara tiba-tiba telah memaksa pengeluar makanan untuk menarik balik sekatan terhadap minyak sawit dan kembali kepada minyak sayuran ini bagi bahan makanan mereka.

Pasar raya Iceland pada 2018 berjanji untuk mengeluarkan minyak sawit daripada semua makanan jenamanya sendiri, membuat pemulihan kepada tanaman yang menarik ini.

Pasar raya itu telah mengharamkan minyak sawit daripada makanan jenamanya sendiri dalam usaha menentang penebangan hutan tropika.

Pengarah Urusan Iceland, Richard Walker dilaporkan menyatakan penyesalannya kerana terpaksa mengingkari ikrarnya untuk mengeluarkan minyak sawit daripada semua barangan jenamanya sendiri.

“Satu-satunya alternatif untuk menggunakan minyak sawit dalam keadaan semasa adalah dengan membersihkan peti sejuk dan rak kami daripada pelbagai jenis makanan ruji termasuk produk kentang.

“Langkah itu adalah ‘langkah terakhir dan langkah sementara yang ketat’ dan kami hanya akan menggunakan minyak sawit mampan yang diperakui sebagai ramuan,” katanya dalam laporan akhbar, United Kingdom Daily Telegraph.

“Iceland akhirnya sedar dengan hakikat bahawa ia tidak boleh meletakkan produk makanan di rak runcitnya tanpa minyak sawit sebagai ramuan,” kata seorang veteran 50 tahun dalam industri agrokomoditi, MR Chandran kepada Bernama.

Walker telah menugaskan Greenpeace untuk menghasilkan video ‘Rang Tan’ (video yang memburukkan minyak sawit) pada November, tahun 2018 untuk meningkatkan jualan Krismas Iceland, katanya. – ©Sinar Harian

Leave a Reply