Mahathir Liabiliti  kepada parti, Rafizi pun sama.

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Watak watak PRU14 seperti Rafizi Ramli dan Mahathir masih bersangka naratif lapuk PRU14 masih laku dan boleh di gunapakai.

Pada PRU14 lalu, naratif memburukankan lawan dan hidup atas keburukan lawan mampu bawa kejayaan.

Cari keburukan lawan dan bertenggek diatas isu itu.

Jika pihak lawan tiada keburukan, maka citpakan keburukan “fake” dan bergayut keatas nya.

“Make others look bad to make oneself look good” sudah tidak laku lagi untuk menghadapi PRU15.

Dikala rakyat perlu bantuan dan kewangan , apa yang diperlukan ada lah bantuan cara pisikal dan monetary dan bukan kenyataan kenyataan kosong dan nasihat air liur seperti yang sering Tun Mahathir laungkan.

Pada PRU14 ketika rakyat belum sedar skim penipuan ini ia boleh di gunakan, tapi pada PRU15 kali ini, ia mungkin “suicidal” jika di gunakan lagi.

Jika di lihat pada PRK PRK selepas PRU14, hampir semua kerusi di menangi oleh Pakatan Harapan, sehinggakan SPR di gunakan oleh PH untuk membatalkan banyak kerusi bagi undi semula untuk memenangkan PH.

Namun lima bulan kemudian selepas rakyat sedar PH hanya gerombolan pembohong, maka semua PRK selepas itu tidak di menangi lagi oleh PH dan SPR pun berhenti mencari Kawasan untuk undi semula bagi menangkan PH.

Apa yang boleh di rumuskan kepada semua ini ada lah watak seperti Tun Mahathir ada lah “damaging” kepada PH.

Tun Mahathir Ketika menjadi Perdana Menteri kali kedua hanya “self serving”  dan tidak mengendahkan rakyat.

Selain itu, boleh di kata kan juga sebagai “anti rakyat” dan “prokroni kaya”.

Akhirnya ,jenama Tun Mahathir menjadi pelingkup kepada mana mana pihak yang ada diri nya terkait.

Bodoh lah sesiapa yang tidak nampak betapa nama baru Parti PEJUANG hanya sebuah parti “Sendirian Berhad” dan bukan parti untuk rakyat.

 

Mahathir pernah mengejek Anwar Ibrahim Ketika menubuhkan PKR sebagai parti keluarga , kini ia telah pulang kepada diri Mahathir sendiri.

Itu kisah Mahathir yang sah menjadi liabiliti keada parti nya dan mana mana parti yang dia terkait.

Jika hilang deposit pada 42 kerusi yang di tandingi tidak menjadi teladan dan pedoman, maka tiada apa lagi yang boleh jadi petunjuk.

Kini, Rafizi Ramli pula masuk semula gelanggang konon konon setelah bercuti dari politik dan akibat kedatangan PRU15 , maka dia muncul semula untuk “placing”kan diri ambil kesempatan.

Sambil Rafizi cuba segerakan populariti nya dengan menyerang Najib Razak, dia terlupa kisah lampau masih di ingati rakyat.

Rafizi yang tidak berani tawarkan diri di mahkamah US untuk menjadi saksi beri bukti Cincin dan “Pink diamod” perasan dirinya masih ‘releven’.

Setelah hilang sekian lama , muncul semula dengan bagasi lapuk.

Rafizi tidak sedar semua orang bertanya kenapa dia tidak menyerang Tun Mahathir.

Adakah komplot sulit dia dengan Tun Mahathir?

Adakah dia akan menjadi seperti Azmin Ali memecahkan kekuatan PKR untuk Tun Mahathir?

Tun Mahathir perbodohkan PKR yang menang 47 kerusi Parlimen tetapi Tun Mahahthi sebagai parti minoriti pula  yang menjadi Perdana Menteri.

Kemudian apabila tempoh 2 tahun sudah tiba , Tun Mahathir mencari helah dari menyerah jawatan PM kepada Anwar lalu menyerahkan kepada Muhyiddn Yassin.

Maka sepatutnya , Mahathir lah menjadi musuh PKR, dan bukan UMNO.

Sepatutnya Rafizi serang Mahathir dan Muhyiddin , bukan serang Najib Razak.

Lakonan apa yang Rafizi sedang lakukan tetap tidak akan menjadi lagi kerana rakyat sudah bijak menilai.

Rafizi dan Mahathir adalah liabiliti kepada mana mana pihak yang mereka ada bersama.

Ini bukan PRU14 , rakyat sudah “move on” mereka tidak akan lagi undi penipu dan pemfitnah.

Lihat sahaja keputusan 7 PRK dan 3 PRN.

Jika itu bukan pengajaran, maka tiada apa lagi yang boleh di ajar.

 

Leave a Reply