Anwar Sudah Mula Curiga Pergerakan Aktif Semula Rafizi Dalam Politik

Hebahkan !!!

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mula mempersoalkan penglibatan aktif semula Naib Presidennya Rafizi Ramli selepas empat tahun tenggelam dan menghilangkan diri dalam kancah politik Malaysia.

Dalam satu video, Anwar berkata keadaan Rafizi yang kembali aktif itu mengundang banyak persoalan kerana ketika ini cakap-cakap bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 sudah semakin kuat dan mungkin ia akan diadakan tidak lama lagi.

“Keputusan aktif semula dalam parti, apakah kamu (Rafizi) berkhidmat untuk jemaah dan patuh pada semangat perjuangan ini ataupun kamu merasakan perlu mendapat tempat kerana tidak ada pilihan sama sekali,” kata Anwar.

Tanda tanya Anwar itu timbul kerana pada 2019, Rafizi pernah berkata beliau tidak akan kembali ke arena politik dan akan memberikan tumpuan kepada pembelajaran berkaitan teknologi.

Bagaimanapun, kelmarin dalam satu majlis yang disiarkan secara langsung di media sosial, Rafizi tampil berucap lebih sejam melancarkan satu kempen yang dikenali sebagai Ayuh Malaysia untuk cuba menarik kembali minat pengundi untuk keluar mengundi di pada pilihan raya.

Kempen ini digerakkan berdasarkan statistik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor yang menunjukkan peratusan keluar mengundi yang sedikit.

Pakatan Harapan (PH) kalah teruk di kedua-dua pilihan raya berkenaan.

Ada kemungkinan apa yang diperkatakan oleh Anwar ini adalah satu drama politik yang dicipta untuk kembali tarik orang ramai supaya keluar dan mengundi PH ekoran sokongan ke atas mereka yang merosot.

Kalau secara jelas, dikatakan PKR atau PH yang menggerakkan kempen ini, sudah pasti orang ramai akan semakin meluat dengan PH yang makin hari makin terdesak untuk dapatkan sokongan.

Tidak mustahil sebenarnya ini adalah gerakan pembangkang dengan menggunakan Rafizi sebagai penggerak kerana diri beliau dilihat sebagai seorang yang petah berceramah dan mampu mengeluarkan idea-idea walaupun hanya cakap kosong.

Kenyataan Anwar sekadar menambah plot cerita bahawa kemunculan semula Rafizi perlu diberikan satu tanda tanya kenapa beliau kembali aktif secara tiba-tiba.

Sebagai Presiden, Anwar tidak boleh hanya berdiam diri kerana Rafizi juga ada potensi untuk menjadi satu nama besar dalam PKR dan dengar cerita beliau bakal bertanding mencabar Datuk Seri Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden.

Ini juga satu lagi petunjuk bahawa dalam parti antara gabungan pembangkang, mereka tidak sebulu dan asyik tidak sehaluan dalam perjuangan.

Leave a Reply