Pengundi Enggan Keluar Kerana Sudah Enggan Undi PH Kerana Akan Gagal Jadi Kerajaan

Hebahkan !!!

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli semalam menyatakan bahawa ramai orang tidak keluar mengundi kerana enggan lagi mengundi UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana tidak akan ada perubahan selagi parti itu yang menguasai kerajaan.

Beliau berucap dalam majlis pelancaran kempen ‘Ayuh Malaysia’ yang diadakan semalam yang dilancarkan untuk menari sokongan pengundi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.

“Jika dilihat pada pilihan raya negeri demi pilihan raya negeri, orang yang keluar mengundi itu terlalu sedikit… bukannya sebab UMNO menang, bukan sebab UMNO kuat tetapi sebab sebahagian besar rakyat biasa merasakan “tak guna dah.. I lost hope,” katanya.

Jika dilihat, pengundi yang mengundi BN pada dua siri Pilihan Raya Negeri (PRN) mereka ialah pengundi sejati yang yakin dengan kebolehan BN mentadbir kerajaan dan ramai pengundi yang sebelum ini berubah arah mengundi pembangkang kembali mengundi BN.

Mereka yang ramai tidak mengundi ialah mereka yang sudah kecewa dengan Pakatan Harapan (PH) yang gagal jadi kerajaan selepas 22 bulan menang PRU ke-14 pada 2018.

Jika 22 bulan sudah gagal, jika sekali lagi diberikan mandat kepada PH, nanti pentadbiran kerajaan akan kembali tidak stabil dan mereka akan gagal sekali lagi.

Penyokong PH sudah malas untuk keluar mengundi kerana mandat yang diberi hanya akan disia-siakan sahaja.

Apabila BN melaksanakan mandat dengan baik di Johor dan Melaka, para pengundi lain akan kemudian kembali memangkah BN pada PRU ke-15 nanti untuk kerajaan Malaysia yang lebih stabil.

Apa yang diperkatakan oleh Rafizi dalam ucapannya semalam sebenarnya terkena kembali kepada gabungan PH iaitu PKR, DAP dan Amanah yang gagal menyempurnakan mandat apabila menerimanya.

 

Leave a Reply