PAS Sepatutnya Fikir Siapa Khianat Siapa Sebelum Ini

Hebahkan !!!

PAS dikhabarkan berasa dukacita apabila ada Ahli Parlimen pro-kerajaan mengambil bahagian ketika sesi pengundian usul melanjutkan tempoh penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di Parlimen baru-baru ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, sepatutnya ia menjadi tanggungjawab Ahli Parlimen untuk mengambil bahagian dalam mana-mana proses membuat undang-undang di Dewan Rakyat.

Beliau berkata wakil rakyat sepatutnya tidak boleh mempunyai sebarang alasan untuk tidak hadir ke Dewan Rakyat serta mengambil bahagian dalam sesi pengundian tersebut.

Pada saat, PAS mahu wakil rakyat ingat tanggungjawab PAS mungkin terlupa bagaimana tanggungjawab mereka di dalam Muafakat Nasional (MN) antara UMNO dan PAS apabila parti Islam itu sendiri tidak menjalankan tanggungjawab mereka.

Apabila PAS bersetuju untuk bersama dengan UMNO tetapi kemudian bersama dengan parti lain di dalam Perikatan Nasional (PN) yang turut dianggotai ada parti Bersatu yang kemudiannya memburukkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Dalam kes pengundian usul berkenaan, wakil rakyat dari UMNO dan BN juga ada dalam kerajaan dan menjadi jemaah menteri.

Pada PRN Johor baru-baru ini PAS dikatakan bersama PN tetapi kemudian mahu bersama BN dalam PRN Johor di bawah MN tetapi tetap mahu membawa masuk Bersatu di dalam MN.

Pada masa itu, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah banyak memburukkan UMNO dan BN dalam beberapa ceramah yang disampaikan olehnya dalam beberapa program. Beliau juga ada sebut UMNO bukan lagi sebuah parti yang relevan.

Kini, apabila ada Ahli Parlimen pro-kerajaan tidak hadir dalam sesi pengundian usul di Parlimen baru PAS nak kata bahawa ada wakil rakyat yang tidak menjalankan tanggungjawabnya di Parlimen.

Sepatutnya PAS tahu, bagaimana mereka tidak menjalankan amanah ketika bersama-sama dalam MN sebelum ini.

Leave a Reply