Arab Saudi, Qatar kesal kurang perhatian terhadap konflik TimurTengah

Hebahkan !!!


DOHA: Arab Saudi dan Qatar menyatakan kekesalan atas kekurangan perhatian terhadap konflik di Timur Tengah dengan Barat lebih menunjukkan solidariti mereka bersama Ukraine.

“Penderitaan kemanusiaan yang kita lihat di Ukraine dan semua orang bercakap mengenainya sekarang menjadi penderitaan banyak negara di rantau ini selama bertahun-tahun dan tiada apa yang berlaku.

“Kita tidak pernah melihat tindak balas global untuk menangani penderitaan itu, antaranya ‘kekejaman terhadap rakyat Syria, Palestin, Libya, Iraq dan Afghanistan,” kata Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani pada Forum Tahunan Doha.

Kerajaan Arab Saudi mahupun Qatar yang kaya dengan minyak dan gas, kedua-duanya rapat dengan Barat tetapi mempunyai hubungan dengan Russia, mengambil kedudukan yang kukuh untuk atau menentang Moscow sejak ia menyerang Ukraine bulan lalu.

Eropah dan Amerika Syarikat (AS) berharap kedua-dua negara itu akan meningkatkan pengeluaran minyak dan gas untuk membantu mengurangkan kebergantungan Barat terhadap bekalan Russia.

Diplomat Qatar itu juga menyatakan, harapan bahawa konflik Ukraine akan menjadi seruan untuk semua orang dalam komuniti antarabangsa untuk melihat rantau ini dan menangani isu dengan tahap komitmen yang sama seperti dilihat antara Russia dan Ukraine.

Beratus ribu orang di Yaman terbunuh secara langsung atau tidak dan berjuta-juta kehilangan tempat tinggal akibat konfilik selama bertahun dalam apa yang disebut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai krisis kemanusian terburuk di dunia.

Perang di Syria dianggarkan membunuh hampir setengah juta orang dan menyebabkan berjuta lagi kehilangan tempat tinggal sejak ia bermula dengan tindakan keras terhadap protes anti-kerajaan pada 2011.

Dalam mesej video kepada Forum Doha, Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menyeru Qatar, untuk meningkatkan pengeluaran gas asli kerana konflik itu.

“Masa depan Eropah terletak pada usaha anda,” katanya kepada hadirin, termasuk emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Leave a Reply