Pengundi Di Malaysia Tampak Teruja Mahu Pangkah BN Pada PRU15

Hebahkan !!!

 

 

Selepas rentetan kemenangan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor memperlihatkan kemenangan Barisan Nasional (BN), rata-rata orang ramai di seluruh negara kini dilihat seperti mahu Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 diadakan segera.

Mereka mahu pilihan raya supaya satu mandat baharu kepada satu parti untuk mendapatkan kestabilan.

Satu kerajaan dengan majoriti yang kuat akan dapat memberikan kestabilan dalam perjalanan pentadbiran negara.

Ia sama seperti zaman BN mentadbir Malaysia sejak selepas kemerdekaan sehingga tahun 2018 apabila BN kalah pada PRU ke-14 pada masa itu.

Ia seakan-akan menunjukkan seperti pengundi mahu memangkah BN pada hari mengundi semasa PRU nanti selepas menyaksikan pengundi di Melaka dan Johor memilih BN dengan majoriti besar.

Mereka dilihat teruja untuk mengundi pada PRU selepas sebelum ini lebih dua tahun terperuk dalam kemelut pandemik yang datang sekaligus dengan suasana ekonomi yang amat perlahan.

Bagaimanapun, parti teras dalam BN iaitu UMNO dalam perhimpunan agung baru-baru ini mengambil sikap tidak mendabik dada dan selesa dengan kemenangan yang diperolehi.

UMNO bersiap sedia menguatkan jentera, memperkuatkan barisan kepimpinan serta memperkuatkan parti untuk bersedia menghadapi pilihan raya akan datang.

Jika pada PRU15, BN menang dengan majoriti bergaya sekali lagi, para wakil rakyat dan anggota jemaah menteri bersedia memberikan khidmat dalam pentadbiran berasaskan kebajikan rakyat dan pembangunan negara.

Leave a Reply