Parti Politik Yang Sekongkol dengan Mahathir, berisiko di Tolak Pengundi pada PRU15.

Hebahkan !!!

 

Oleh Sirajuddin Ahmad.

Jika statistik, data atau laporan tidak dapat membantu, maka tiada apa lagi yang dapat membantu.

Tindakan Tun Mahathir mahu memanggil parti parti politik bergabung bersama parti “sendirian berhad” PEJUANG nya , melambangkan sikap desperdo Mahathir terhadap kemaraan Barisan Nasional.

Setelah tewas dengan malu nya di 7 PRK dan 3 PRN di tolak oleh rakyat , Tun Mahathir merasa terdesak untuk menubuhkan satu Gabungan Baru pula.

Sebagai juara pemecah belah rakyat Tun Mahathir merasa perlu untuk terus memecah belahkan rakyat lagi.

Di kalangan penyokong beliau sendiri pun telah terjadi pecah  belah, dari satu puak memuja beliau kini menjadi 3 puak.

Ada yang enggan mengikut beliau dan pilih untuk terus bersama UMNO, yang ikut beliau pula ada yang ikut PPBM dan enggan menjadi ahli PEJUANG.

Sesama penyokong pun berpecah 3 puak.

Kemudian Tun Mahathir memecah belahkan orang Melayu dengan mengujudkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Sejurus kemudian beliau mengujudkan parti PEJUANG pula.

Kini, Mahathir mula menyedari kemaraan Barisan Nasional dan ini ada lah mimpi ngeri Mahathir.

Maka sesuatu perlu di lakukan atas sebab jika Barisan Nasional terus mendominasi politik , maka ia di terjemahkan kepada satu perkataan sahaja , ia itu “mahkamah” atau pun di londehkan.

Selain itu skrip skrip yang sudah di siapkan tidak perlu di akur lagi oleh banyak pihak.

Untuk mengelak menjawap banyak perkara yang langsung tidak dapat di jawap di MEDSOS , apatah lagi di mahkamah, maka BN harus di halang dari menjadi kerajaan.

Ketirisan wang rakyat dan penjarahan wang PETRONAS serta perbelanjaan kerajaan proksi selama 17 bulan di mana ratusan billion wang tidak tahu kemana di belanjakan dengan perinci (unaccounted for).

Ini yang sangat menakutkan Mahathir dan Muhyiddin, selain banyak lagi kes salah guna kuasa di mana pegawai Tinggi kerajaan bersedia sahaja untuk jawap jika di suruh oleh “government of the day”.

Berbalik kepada topik di atas, pihak kami berpendapat, barang siapa atau mana mana parti yang bersekongkol dengan Mahathir akan menerima nasib sama pada PRK dan PRN yang baru lalu.

Ini kerana jenama “Mahathir” sudah sangat di benci oleh rakyat.

Itu sebab PEJUANG perlu sembunyi belakang logo parti lain.

Rakyat masih tidak dapat melupakan peristiwa di mana mereka di caci, di keji di gelar “pemalas” suka meminta minta dan sebagai nya sebaik sahaja Mahathir menjadi Perdana Menteri kerajaan 22 bulan.

Sambil itu anak nya mendapat “jobs” dan kroni kroni nya mendapat ambil alih projek besar.

Hal ini masih melekat di hati sanubari rakyat.

Gelaran penyamun dan perompak kepada musuh Mahathir juga sudah tidak laku dan di layan oleh rakyat.

Mana ada dalam dunia , orang tewas kepada perompak penyamun dan tewas kepada parti yang sudah mati tinggal nama?

Hanya Mahathir sahaja .

Pada kehilangan deposit di  42 DUN yang PEJUANG tandingi (rekod dalam sejarah), Mukhriz menyalahkan bendera dan logo PEJUANG yang konon tidak dikenali pengundi dan enggan menerima hakikat jenama “MAHATHIR”  ada lah liabiliti.

Ini melambangkan betapa buruk nya jenama Mahathir, dan sekaligus sesiapa yang bersekongkol dengan jenama Mahathir waima apa nama gabungan pun , akan turut terpalit kena kotoran nya.

Dalam erti kata lain , boleh bersekongkol dengan Mahathir, tapi ambil lah risiko di tolak rakyat sama seperti PRN Johor dan PRK2.

Leave a Reply