Lakonan Babak Panas Dalam Drama, Zul Ariffin Disiasat

Hebahkan !!!

KUALA LUMPUR – Pelakon Zul Ariffin yang terbabit dengan perkongsian video memaparkan satu adegan drama rantaian yang tular baru-baru ini, akan disiasat.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa melalui Twitter, pagi tadi.

“Proses undang-undang berjalan. Pelakon Zul Ariffin akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta KMM (Akta Komunikasi dan Multimedia 1998) kerana posting (muat naik) YouTube yang menyalahi undang-undang,” demikian ciapan beliau jam 9.28 pagi tadi.

Sebelum ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menentang keras penyiaran drama yang dikaitkan dengan penyiaran video itu yang bakal ditayangkan Ramadan ini.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff, berkata berdasarkan penelitian pihaknya, penyiaran program seumpama itu jelas mempamerkan perbuatan dilarang Islam dengan aksi dan adegan tidak bermoral melampaui batas serta bertentangan norma masyarakat dan hukum syarak.

JAKIM menyatakan pendirian dan pandangan mengenai isu terbabit kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) supaya tindakan tegas dapat diambil segera.

Dalam pada itu, Annuar melalui ciapan sama seiring dengan pendirian dizahirkan JAKIM itu.

“Yang pasti adegan seperti yang dipapar itu tidak akan dibenarkan tayang, sama ada bulan Ramadan atau bulan yang lain. Jagalah nilai dan budaya,” katanya.

Semalam, Zul Ariffin atau nama sebenar, Zulkifli Ariffin, 35, memohon maaf dan menyesal di atas tindakannya memuat naik video ‘teaser’ sebuah drama bersiri di akaun Instagram miliknya, baru-baru ini. – ©Berita Harian

Leave a Reply