Siapa Sahaja Yang Memimpin DAP, Parti Itu Tetap Musuh BN

Hebahkan !!!

Semalam, dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC) parti DAP, barisan kepimpinan parti yang banyak dipimpin oleh bangsa Cina itu berubah dengan beberapa nama lain dilantik ke jawatan baharu.

Walaupun nama yang memegang sesetengah jawatan dalam kepimpina DAP bertukar, perlu diingat parti berkenaan tetap musuh Barisan Nasional (BN) dalam politik.

Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook dilantik sebagai Setiausaha Agung DAP yang baharu.

Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng pula dilantik sebagai Pengerusi DAP Kebangsaan yang baharu dan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dilantik sebagai Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan.

Wakil rakyat di Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang pula dipilih sebagai Mentor Parti dan Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai jadi Penasihat DAP.

Ahli Parlimen Teluk Intan yang agak lantang, Nga Kor Ming pula dilantik sebagai Ketua Whip DAP di Parlimen.

Walaupun penyandang jawatan berubah tetapi wajah-wajah dalam barisan kepimpinan DAP tetap sama iaitu wajah yang berterusan menghasut rakyat membenci BN serta memfitnah pemimpin BN dengan tohmahan jahat.

Wajah perasuah yang dilepaskan dari perbicaraan mahkamah masih lagi menjadi pemimpin DAP dan kali ini beliau memegang jawatan pengerusi.

Masih ingat tak sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, bekas Perdana Menteri paling lama Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sejak mula berpolitik begitu anti dengan DAP sehingga memanggil parti berkenaan parti cauvinis dan parti rasis.

Bagaimanapun, oleh kerana ingin bekerjasama dengan DAP untuk menewaskan BN dalam pilihan raya, Mahathir sanggup tolak tepi prinsipnya selama ini dan berkata DAP sebenarnya ada satu parti pelbagai kaum dan bukannya rasis.

Apa sahaja barisan kepimpinan DAP, wajah dan rupa mereka di dalam parti berkenaan tetap sama dan parti itu tetap musuh BN.

Kit Siang tetap ada di situ, Guan Eng tetap ada di situ, Gobind Singh masih ada di situ, begitu juga Anthony Loke tetap ada di situ, terus memusuhi UMNO.

Leave a Reply