Penukaran Kosmetik , DAP Hanya Tukar Nakhoda, bukan tukar Matlamat.

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddn Ahmad

Jangan teruja dengan penukaran kempimpinan DAP.

Tiger cannot change its stripes.

Changing of guards sahaja , polisi dasar dan matlamat tetap sama.

Dari segi kepimpinan mungkin nama nama sudah berubah, namun, sasaran dan misi DAP tidak berubah walau seinci pun.

Tony Pua di singkirkan , itu jelas menunjuk kan keceluparan Tony Pua terhadap orang orang tua terhormat sekolah Tinggi Cina Foon Yew , Seri Alam tidak dapat di terima oleh masyarakat Cina dan DAP terpaksa ketepikan Tony Pua.

Tony Pua juga tidak popular Ketika DAP menjadi sebahagian dari kerajaan 22 bulan kerana banyak masa tertumpu kepada perkara tidak berfaedah yang membuat DAP sangat di benci oleh rakyat.

Ketika DAP menguasai kerajaan Tun Mahathir dan Tun Mahathir sanggup jadi pak sanggup, banyak polisi dan dasar tidak popular telah di laksanakan.

Tony Pua, Lim Guan Eng serta Tun Mahathir , sangat selari dalam menjatuhkan ekonomi negara dengan memberi gambaran palsu terhadap kedudukan kewangan dan ekonomi negara.

Negara di gambarkan sebagai muflis dan ketiadaan wang semata mata untuk persepsi politk untuk memburuk kan kerajaan Barisan Nasional dan  bukan atas sebab fakta.

Tony pua telah di bidas oleh Datuk Seri Najib Razk dengan fakta dan data berkenaan hutang negara,

Dalam lontaran pada entri nya Datuk Seri Najib Razak telah menunjukan fakta hutang negara yang di manipulasi oleh Tun Mahathir dan kerajaan Pakatan Harapan.

Mereka telah memasuk kan jumlah dua entity hutang di masuk kan ke dalam kiraan hutang langsung negara,

Ini bukan amalan kiraan lazim mana mana negara dalam dunia dan tidak selari dengan kiraan bawah IMF , namun demi hendak memperbanyakkan gambaran hutang , maka TP telah melakukan nya.

Sambil itu , jualan aset negara juga cuba di kira sebagai Foreign Dierct Investment oleh kerajaan 22 bulan PH.

Itu lah antara kesalahan TP yang kerajaan Barisan Nasional belum sempat untuk mengenakan sebarang Tindakan kerana belum berkuasa penuh lagi.

Berbalik kepada penukaran nakhoda DAP, kita jangan lah teruja sangat kerana  banyak juga tidak kena dengan  pemilihan DAP.

Jika satu waktu dulu penipuan kiraan pada pemilihan CEC di beri alasan salah sistem computer, kali ini pun ada peroalan juga.

Setiausaha Agung baru DAP Anthony Loke sekadar ke3 top dalam penjumlahan namun dia tetap menjadi SUA DAP mengenepikan Gobind Singh Deo yang dapat kedudukan teratas dalam undian keseluruhan.

Kali ini demi hendak mengejek UMNO sebagai kluster mahkamah, pasti nya DAP perlu ketepikan imej Lim Guan Eng yang sedang menghadapi kes rasuah terowong.

Namun, kes terhadap LGE ada lah “genuine” berbanding kes yang di reka terhadap Ahmad Zahid dan juga Najib Razak.

Kes Ahmad Zahid di reka sebaik sahaja enggan akur kepada kehendak Mahathir untuk membubarkan UMNO.

Kes Najib pula atas sebab ia mesti di ujudkan kerana PH dan Mahathir sudah mencanangkan nya sekian lama.

Kes kini di lihat carca marba dan kalam kabut dan tidak terjawap oleh Mahathir dan PH apabila muncul isu Zeti Akhtar dan lain lain nama proksi Mahathir seperti Nor Yakob dalam pertemuan baru.

Berbalik kepada penukaran nakhoda DAP ia sekadar penukaran kosmetik sahaja , kerana dari segi matlamat , DAP tetap memegang dasar yang sama.

Lim Guan Eng masih berada di situ, Lim Kit Siang masih Mentor lagi.

Pemimpin Melayu dalam DAP akan bersuara untuk bukan Melayu dan akan berdiam diri jika babit kepentingan Melayu.

Rakyat boleh lihat nanti sebelum PRU15 , di mana DAP akan tetap  jadi DAP , Lim Kit Siang tetap mentor, Lim Guan Eng tetap mengkritik sana dan sini.

Leave a Reply