Mahathir Laung “Serigala datang serigala datang” Tapi tiada siapa pun hendak percaya

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad.

Mahathir Laung “serigala datang serigala datang ”, tapi tidak ada siapa pun yang percaya lagi.

Perkembangan terbaru politik negara ada lah apabila Mahathir di tunjukkan pintu keluar oleh Bangsa Johor di PRN baru lepas.

Jumlah yang mengundi parti PEJUANG pada keseluruhan 42 kerusi yang di tandingi nya sekadar mezahirkan jumlah peminat kelab Mahathir sahaja.

Bagi orang seperti Mahathir yang sudah lama berpolitik, dengan 22 tahun menjadi Perdana Menteri dan menjadi Perdana Menteri sekali lagi selama 22 bulan , dengan jumlah undi yang di dapati nya amat memalu dan mengaibkan.

Bangsa Johor sudah menunjuk kan kepada Mahathir pintu keluar , Cuma Mahathir belum sedar diri lagi.

‘Writting is on the wall” Cuma Mahathir dan penyokong pura pura buat buta.

Sebenar nya, sebaik sahaja Barisan Nasional menang gemilang dan cemerlang di Melaka, Mahathir sudah sedar kemaraan Barisan Nasional dan Najib Razak semakin meningkat.

Maka , apabila PRN Johor muncul , Mahathir terasa perlu buat sesuatu untuk menyekat kemaraan BN dan Najib Razak.

Maka atas sebab itu Mahathir merasa keperluan membantu Muhyiddin Yassin dan PPBM.

Maka , PEJUANG pun meletak kan calon di 42 kerusi di Dun Johor.

Akhirnya semua calon PEJUANG bungkus kena tapau dan hilang deposit.

Jenama “MAHATHIR” bawa suey dan mudarat.

Semenjak kekalahan 7-0 di PRK dan kekalahan besar di Tanjong Piai sudah pun memberi gambaran bahawa nama Mahathir ada lah beban kepada sesiapa di dalam politik yang bersekutu dengan nya.

Mahathir boleh bertahan menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun atas sebab ada akta ISA, undi bonus dan media arus perdana yang sehala menguasai politk nasional yang membantu nya.

Sambil itu setiap timbalan nya di cantas untuk di ganti dengan timbalan baru , untuk melambatkan proses tukar Presiden UMNO.

Sebaik sahaja ujud MEDIA SOSIAL , Mahathir hanya mampu bertahan 22 bulan sahaja.

Tiada yang Mahathir boleh bohong yang terlepas dari jawapan respon di Medsos.

Kini , mengambil kira bahawa BN dan Najib semakin di terima oleh rakyat, dan semua fitnah dan cela terhadap BN dan Najib sudah tidak di layan oleh rakyat, Mahathir berada dalam ketakutan dan tidak tentu arah.

Di waktu ahli politik era dinosor sebaya dengan nya , Lim Kit Siang umum undur diri, Mahathir lain pula cerita nya, Mahathir melakar langkah baru “Pulau Carey Move”.

Mahathir cuba menakut nakut kan parti politik lain tentang kebangkitan BN.

Mahathir cuba melakarkan sebuah gabungan baru untuk menghalang kemaraan BN.

Persoalan besar, ada kah sesiapa yang percaya lagi dengan Mahathir?

Kali pertama gabungan ini atas jenama Pakatan Harapan, telah di kencingkan oleh Mahathir.

Sebaik sahaja , PH memerintah , mereka telah menipu rakyat jelata, dan Mahathir pula menipu PH dengan janji “kencing” hanya dua tahun  menjadi Perdana Menteri.

Jawatan yang septutnya di serah kepada Anwar, telah Mahathir serah kepada Muhyiddin.

Kencing atas kencing, PH kencing rakyat, Mahathir kencing PH.

Mahathir kini sedang melakar satu gabungan baru ,sama ada akan sukses atau tidak gabungan baru yang cuba di bentuk oleh Mahathir demi menyelamatkan diri dari kemaraan BN kita saka sama nilaikan.

Yang sangat takut kepada kemaraan BN ada lah Mahathir, tapi Mahathir cuba menghasut yang lain supaya takut sama dengan nya..

Parti seperti PKR, DAP dan AMANAH sudah pasti fikir dua kali untuk sertai Mahathir kerana pernah di tipu hidup hidup oleh Mahathir.

Hanya tinggal parti opportunis seperti PAS dan Gerakan sahaja untuk menilai kemasukan.

Kedua nya tiada prinsip kukuh.

Parti PPBM sudah di jangka akan turut serta Bersama Mahathir, kerana sememang parti proksi Mahathir tambah lagi Muhyiddin Yassin juga ketakutan dengan kemaraan BN di atas banyak perkara penyelewengan bakal terdedah jika BN berkuasa.

Maka , Muhyiddin dan Mahathir ada “common interest” untuk menghalang kemaraan BN dan UMNO.

Pada Perhimpunan UMNO2021 yang baru selesai , terlihat UMNO bergandingan tangan untuk membuat keputusan dan terlihat faksi faksi sedang bergabung dan “top 5” UMNO akan berunding dan di jangka akan capai kata sepakat.

Ini yang menakutkan Mahathir dan Muhyiddn.

Mahathir kini sekadar “spent bullet” sahaja.

Natijah nya, Mahathir terlalu kerap laung “serigala datang serigla datang” , dan apabila benar benar serigala datang, seluruh kampung sudah tidak mempercayai Mahathir lagi.

Maka beridiri lah Mahathir terkontang kanting berhadapan sendirian dengan serigala.

Jika ada apa apa gabungan yang ada “Mahathir” di dalam nya yang untung hanya Mahathir dan siapa pun tidak mahu di bodohkan lagi.

Leave a Reply