Baru surat Peguam UK Tommy Thomas sudah tercirit, belum lagi Queen Council Najib

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Isu 1MDB kini menghantui pencipta kes nya.

Kes yang penuh kepincangan di mana ada yang di dakwa ada  pula yang tidak di dakwa walaupun miliki wang 1MDB di dalam akaun mereka lebih banyak dan lebih awal.

Selain itu, perkembangan terkini melihatkan pihak mahkamah seolah olah bersama pihak pendakwa dan setuju apa sahaja yang di kehendaki pihak pendakwa.

Tidak seperti kes 1MDB/SRC  di Amerika di mana mahkamah ingin kan kebenaran , di sini pula bukti di tolak waima seluruh dunia sudah mengetahui berkenaan bukti baru dan  perkembangan terbaru di media.

Dalam pada masa yang sama,  kes berkaitan tuntutan keslutanan Sulu yang di filekan di mahkamah UK   sudah melihat betapa kalam kabut dan ketakutan Peguam  Negara anjuran DAP yang di lantik oleh Mahathir menguruskan kes.

Tanpa sengaja surat balas AG Tommy Thomas telah mengiktirafkan tuntutan dan telah “set precedent” dengan memohon maaf kerana tidak membayar kepada kesultanan Sulu.

Ini memberi ruang bahawa benar Malaysia akur kepada tuntutan Sulu.

Akibat kecuaian dan kejahilan AG kerajaan PH, Sebuah lagi tanah milik negara berisiko terlepas selepas kerajaan PH bawah Mahathir melepaskan Pulau Batu Puteh.

Dalam hal ini, terlihat jelas , betapa kalam kabut dan takut nya Tommy Thomas kepada peguam di united kingdom.

Begitu tertip dan rasa hormat yang luar biasa terhadap mereka sehingga ikfraf  dengan memohon maf.

Ini tidak dapat di bayangkan apabila Datuk Seri Najib akan membawa peguam Queen Council menjadi pemerhati pada kes rayuan nya nanti.

Benar, keputusan hakim tidak dapat di kacau di ganggu, tetapi QC mampu membawa tekanan kepada hujah hujah dan pembuktian yang tidak di ambil kira sebelum hakim menjatuhkan hukuman.

Hakim mungkin berkuasa dalam mahkamah, namun pengaruh Queen Council di luar mahkamah sangat besar.

Kekuatan media mereka di bantu oleh media media pro keadilan dan kerajaan UK mampu memberi tekanan.

Negara Negara tertentu boleh di yakin kan untuk memberi pelbagai tekanan kepada Malaysia dan bertindak  jika khabaran tentang proceeding yang tidak adil di umumkan oleh peguam Queen Council.

Lihat sahaja betapa takut nya Tommy Thomas kepada Peguam UK berkenaan tuntutan kesultanan Sulu dan tindak balas nya menghormati surat peguam UK.

Ini semua akibatkan Malaysia perlu bayar hampir RM63 bilion.

Maka tidak dapat di bayangkan jika QC yang di bawa Najib melihat betapa banyak perkara tidak di ambil kira dalam membuat keputusan.

Apakah negara tidak akan malu jika sistem perundangan nya menjadi bualan dunia, sambil sistem Bank Negara nya sudah pun hilang kredibiliti melindungi bekas Gabenor yang miliki wang RM 700 juta dalam akuan sulit di negara Singapura yang di lewat lewatkan di dakwa dengan di beri pelbagai alasan?

Sebagai rakyat kita tunggu sahaja sejauh mana kejayaan sandiwara isu 1MDB hang di reka khas untuk memrnjarakan DSNR dan bukan untuk mencari kebenaran.

Leave a Reply