PRN Johor Bukan Kerana Tamak Kuasa Tetapi Kerana Johor Amat Memerlukan Kerajaan Stabil

Hebahkan !!!
Calon Barisan Nasional (BN) kerusi DUN N.56 Kukup, Datuk Jefridin Atan ketika membuat walkabout beramah mesra dengan pengundi Cina di Pekan Kukup, semalam.

TANJUNG PIAI – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini diadakan bukan kerana Barisan Nasional (BN) dikatakan mahu kuasa tetapi sebenarnya rakyat negeri Johor amat memerlukan sebuah kerajaan yang mentadbir dengan stabil.

Bekas Ketua Masyarakat Air Masin Kukup, Datuk William Tan berkata jika kerajaan yang memerintah sesebuah negeri tidak stabil banyak masalah akan berlaku melibatkan ekonomi dan pembangunan tidak boleh berjalan.

“Kalau kita ada satu kerajaan yang kukuh dan stabil, ia akan bawa faedah kepada semua penduduk Johor.

“Kita kali ini mahu Barisan Nasional (BN) menang, mesti mahu BN jadi kerajaan kerana pembangkan ibarat rojak kerana campur-campur.

Bekas Ketua Masyarakat Air Masin Kukup, Datuk William Tan.

“Kita mahu kerajaan yang paling kuat, paling kukuh untuk bawa kepentingan dan faedah kepada pengundi dan semua penduduk di Johor,” katanya ketika ditemui di Pekan Kukup, di sini dalam program walkabout calon BN kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.56 Kukup iaitu Datuk Jefridin Atan.

Bukan sahaja beliau diberi sambutan menggalakkan dalam kalangan masyarakat Melayu, orang Cina di pekan Kukup juga amat menyenangi kehadiran beliau yang merupakan anak jati Kukup.

Rata-rata penduduk yang ditemui mahu pengundi mengundi BN demi satu kestabilan kerajaan, ekonomi dan pembangunan yang lancar untuk negeri Johor.

Calon BN, Jefridin dalam pertandingan memenangi kerusi DUN Kukup akan berdepan cabaran dari calon Pejuang Zamzam Hashim, calon PKR Mohd Zaiful Bakri dan calon Perikatan Nasional (PN) Mahathir Iskandar Muhammad.

BN merupakan penyandang bagi kerusi DUN ini selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lepas.

Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dalam tulisan di Facebooknya juga berharap pengundi Johor tidak mengundi sehingga terbentuknya sebuah lagi kerajaan yang tidak stabil pada hari mengundi PRN Johor nanti iaitu esok.

Leave a Reply