Singapura Maju Mungkin Sebab ada 30 Cawangan PAS Disana.

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddiin Ahmad

Politik semakin mengarut apabila kenyataan datang dari orang yang kuat mengarut.

Kenyataan Naib Presiden PAS Mohd Amar mengundangkan gelak ketawa sekaligus pamir level kecerdasan minda nya.

Apabila terlalu ghairah berpolitik menggunakan logo agama , maka apabila kenyataan tidak cukup fakta datang dari orang yang parti nya berlogo agama , maka agama lah juga akan jadi bahan gelak ketawa.

Kenyataan terbaru dari Mohd Amar Nik Abdullah sebagai Naib Pesiden PAS seperti di bawah mengundang banyak cercaan bahkan akan datang banyak fitnah kepada agama Islam kerana membuat kenyataan tidak masuk akal menggunakan logo parti Islam

Naib Presiden PAS, Mohd Amar Nik Abdullah mendakwa Singapura lebih maju daripada Malaysia kerana republik itu tidak diperintah oleh Umno dan sekutunya dalam Barisan Nasional (BN).

Tanpa di sedar oleh nya, di Singapura juga tiada parti PAS mahu pun parti UMNO , malah DAP juga tidak ada di Singapura.

Sebaliknya, PAS ada di Kelantan sekian lama tetapi belum nampak apa apa kemajuan melainkan pemuda Kelantan selepas khatan terus berhijrah ke negeri lain seperti Pulau Pinang , Kuala Lumpur dan juga Johor Baru demi mencari rezeki dan pekerjaan.

Mereka hanya p[ulang ke Ke;antan untuk mengundi dan berhari raya atau pulang apabila ada percutian sambung dengan hujung minggu.

Negeri tidak kondusif untuk menjadi tempat tinggal mereka.

Maka kenyataan poitik terhasil dari luahan perasaan akhir nya melambangkan diri kurang berfakta dan lebih beremosi.

Untuk makluman Tuan Mohd Amar , di Singapura juga tidak diperintah oleh PAS seperti di Kelantan , hatta itu sebab nya maju.

Bukan sahaja UMNO tiada di Singapura, PAS juga tiada di Singapura, mungkin Singapura tidak maju jika ada parti PAS seperti di Kelantan.

Ada ustaz PAS pernah cerca GST dan menyatakan kerajaan zalim sebab mengujudkan GST seperti 175 negara dunia lain termasuk Saudi Arabia.

Singapura maju sebab kutipan GST membantu ekonomi nya, PAS tidak suka GST, kenapa puja kemajuan Singapura?

Di Singapura boleh anjurkan Oktorberfest , di Kuala Lumpur yang ada UMNO menjadi isu jika di adakan, PAS mahu kemajuan semacam itu kah?

Perarakan LGBT juga boleh di negara Singapura, PAS mahu maju sebegitukah?

Banyak lagi boleh di kupas dan di bandingkan , tetapi sebelum itu di minta orang seperti Naib Presiden PAS “filter”  lah sikit sebelum membuat perbandingan semata mata hendak salahkan UMNO.

 

 

 

 

Leave a Reply