EKSKLUSIF!! Saya Tidak Pernah Pukul Pak Ali – Petugas Jentera BN

Hebahkan !!!

ISKANDAR PUTERI – Dalam insiden perselisihan faham di antara petugas jentera parti Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang dikatakan sehingga melibatkan isi pukul memukul di sini, difahamkan insiden memukul berkenaan tidak berlaku langsung.

Petugas jentera BN yang terlibat dalam insiden berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Jamal berkata, insiden yang berlaku pada 6 Mac berkenaan terjadi kerana beliau mendapat tahu ada pihak luar yang memasang bendera parti PN di dalam kawasan kampungnya.

Menurut beliau, padahal petugas berkenaan bukan berasal dari kampung berkenaan.

“Kejadian berlaku pada 6 haribulan apabila seorang budak kampung memberitahu saya ada orang memacak bendera di jalan menuju ke kampung, jadi saya datang ke sana dan bertanya kenapa memacak bendera tanpa pengetahuan orang kampung.

“Dia mengatakan bahawa jalan berkenaan ialah jalan kegunaan ramai tapi saya cakap dekat dia, awak orang luar, kenapa pacak sini sedangkan orang di sini tak ada yang memangkah PN, kalau awak bawa orang kampung sekali saya tak marah.

“jalan ini satu jalan sahaja yang menuju ke kampung saya, tak ada jalan lain, bermaksud ini jalan ke kampung saya,” katanya kepada My News Online ketika ditemui hari ini.

Pak Jamal berkata, sepanjang insiden itu pekerja PN yang terlibat sepanjang masa berada di dalam teksinya dan merakam kejadian berkenaan.

Beliau hairan kenapa pekerja yang terlibat, yang dikenali Sujali Ahmad mengeluarkan video menyatakaan bahawa Pak Jamal menghentak dan memukul tangannya sedangkan itu tidak berlaku.

“Dia sepanjang masa merakam, kenapa dia tak merakam kejadian yang saya memukul tangannya?

“Ini satu penipuan yang nyata dibuat kepada saya mengatakan saya mengetuk tangannya.

“Saya sebagai orang Islam dan dia sebagai orang Islam, kita berdua boleh buat sumpah laknat, saya tak kisah, sebab saya tak pernah pukul dia,” kata Pak Jamal.

Beliau berharap kepada pengundi dan penyokong BN supaya tidak terpedaya dengan kata-kata Sujali yang merupakan satu penipuan.

“Saya merayu kepada keluarga saya kepada kawan-kawan, pada ketua-ketua dan ahli politik Barisan Nasional terutama sekali bagi anak muda yang berpihak kepada BN, janganlah terdepaya dengan percakapan yang dibuat oleh Pak Ali.

“Sesungguhnya, saya tidak memukul dia dan saya mempunyai tiga orang saksi yang melihat kejadian berkenaan,” katanya.

Sujali difahamkan sudah membuat laporan polis berkenaan kejadian berkenaan dan kes ini masih dalam siasatan.

Menurut Pak Jamal, ketika hadir untuk siasatan, Sujali yang dikenali sebagai Pak Ali tidak langsung dilihat memakai balutan tangan seperti yang ditunjukkan di dalam video yang tular sebelum ini.

Video Pak Ali tular beberapa hari lepas selepas dia mendakwa dikasari penyokong UMNO dalam kejadian berkenaan.

 

Leave a Reply